Saksikan Balotelli Buat Stepover Dan Gol Rabona Dalam Perlawanan Dia Skor 5 Gol

Mario Balotelli adalah salah seorang pemain bola sepak yang paling menghiburkan pada era moden. Dia juga merupakan pemain yang nakal seringkali menunjukkan aksi yang bukan bukan.

Pernah disebut-sebut sebagai pemenang Ballon d’Or masa depan dan seorang pemain yang pernah mengimpikan peluangnya untuk mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, Balotelli tidak pernah lekang dari cerita sensasi.

Malangnya, Balotelli tidak pernah mencapai tahap yang diharapkan dan kariernya turun naik sepanjang tempoh bersama Manchester City, AC Milan dan Liverpool, tetapi wajar untuk mengatakan bahawa ia adalah satu perjalanan karier yang menghiburkan.

Daripada bunga api di bilik air hinggalah ke ‘Why Always Me?’ di Old Trafford dan banyak lagi, pemain hebat Itali itu dianggap sebagai pemain nakal yang kadang kadang genius.

Dia memiliki bakat yang hebat. Ketika menjadi pemain muda di Inter, Jose Mourinho menggelarkan beliau sebagai bakat istimewa.

Namun disiplin dan sikapnya yang sambil lewa membuatkan tahap kariernya terbatas.

Tetapi, dunia bola sepak akan sunyi tanpa Balotelli. Ini termasuk detik dia cuba membuat back heel roullete ketika pertembungan pramusim Manchester City dengan LA Galaxy.

Aksinya itu membuatkan pengurus Manchester City ketika itu, Roberto Mancini bengang dan mengeluarkannya. Kedua dua mereka juga bertelagaha di tepi padang ketika Balotelli melangkah keluar.

Namun dia menikmati karier yang baik ketika di Turki pada ketika ini. Malah namanya turut disenaraikan dalam panggilan kebangsaan Itali. Sayangnya dia terlepas panggilan akhir untuk play off di mana Itali kalah kepada Macedonia Utara.

Balotelli sempat menyindir Mancini bahawa mereka perlukan gol, jadi Itali seharusnya membawa penyerang yang dalam prestasi terbaik pada masa itu iaitu Balotelli sendiri, walaupun ianya sekadar Liga Turki.

Itali ketika itu berdepan krisis kecederaan dan krisis prestasi dari kalangan penyerang utama mereka.

Balotelli buat gol rabona

Balotelli bermain untuk kelab Adana Demirspor di Super Lig. Dia menemui sentuhan golnya di sana. Dan pada Sabtu lalu, dalam aksi pasukannya menentang Göztepe S.K.

Dalam perlawanan tersebut Mario Balotelli menjaringkan 5 gol dalam kemenangan 7-0 mereka Stadium Adana.

Bukan itu sahaja dia turut melakukan satu gol dengan rabona selepas beberapa siri scissors skills ataupun stepover

Balotelli melakukan gol yang dianggap ‘terlalu Balotelli’ kerana ianya mengingatkan kita kepada beberapa gol fancy beliau. Termasuk dengan dada, lepas tu buat muka pegun dan statik.

Dia meluru  masuk ke kawasan penalti dengan beberapa silang kaki yang mirip kepada gaya pemain dalam permainan FIFA dengan menekan beberapa kali butang skil.

Ketika dia menghampiri penjaga gol, dia melengkapkan gerakan ala FIFA itu dengan gol ala FIFA. Di mana dia melakukan rabona menyilang meleret melepasi penjaga gol.

Saksikan di sini:

Netizen menjadi gempar dengan gol itu. Ramai yang terhibur dengan gaya Balotelli. Mereka menyatakan pastinya ianya kepuasan sebenar dalam diri Balotelli dapat melakukan gol seperti itu kerana dia memang seorang penghibur.

Balotelli masih berharap bahawa dia akan beraksi semula bersama pasukan kebangsaan Itali. Selepas kegagalan ke Piala Dunia 2022, Itali kini memfokuskan persiapan untuk kejohanan seperti Piala Bangsa Eropah.

Di mana Itali diletakkan dalam kumpulan A3 bersama sama dengan England, Jerman dan Hungary.

Itali pastinya mahu menebus kegagalan mereka ke Piala Dunia dengan cuba memenangi Liga Bangsa Bangsa Eropah pula.

Itali merupakan juara bertahan Eropah pada ketika ini.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu