Santa Cruz Dan Benjani Antara 8 Pemain One Season Wonder EPL

One season wonder ni merujuk kepada pemain yang power semusim sahaja. Squawka telah mengumpul beberapa pemain one season wonder dalam Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah senarainya.

1. Roque Santa Cruz

Ingat lagi tak dengan nama Roque Santa Cruz? Pemain pertama dalam senarai beli Man City ketika mereka menerima pelaburan mega dari Thaksin Shinawatra satu ketika dahulu.

Beliau juga menjadi rebutan banyak kelab besar di Eropah pada ketika itu.

Segalanya hanya kerana aksi luar biasa beliau bersama dengan Blackburn Rovers pada musim 2007/08. Di mana beliau menjaringkan 19 gol ketika itu.

Namun selepas berpindah ke Man City, nama beliau terus tenggelam dan kemudian menyertai Malaga serta kelab Mexico, Cru Azul pada 2015.

Kini beliau sedang bermain untuk kelab Paraguay, Olimpia.

2. Amr Zaki

Sebelum nama Mo Salah digelar Egyptian King, Amr Zaki pernah diberikan gelaran yang serupa pada satu ketika dahulu oleh peminat Wigan.

Beliau menyertai Wigan secara pinjaman dan menjaringkan 5 gol daripada 6 penampilan pertamanya termasuk voli luar biasa di Anfield.

Wigan Athletic mahu mendapatkan beliau secara tetap. Namun Amr Zaki enggan menerima tawaran daripada Steve Bruce kerana menurutnya dia perlu mendapatkan gaji lebih besar.

Zaki kemudian pulang semula ke negaranya, dan menunggu tawaran kelab lebih besar daripada Wigan. Malang sekali kariernya terus merudum dan tak dengar khabar berita.

Pada 2015, beliau bersara. Ketika itu bermain untuk Arab Contractors.

3. Andy Johnson

Nama yang peminat PES 6 takkan lupa. Pemain yang pernah menggegar liga utama dengan 21 gol pada musim 2004/05. Hanya Thierry Henry yang mampu mengatasi beliau ketika itu. Berpeluh juga King Henry nak kalahkan dia.

Ya, 9 daripada gol beliau adalah menerusi penalti. Tetapi gol tetap gol la kan.

Andy Johnson kemudian dipanggil menyertai pasukan kebangsaan England. Namun pada musim berikutnya nama beliau tenggelam.

Johnson kemudian menyertai beberapa kelab lagi termasuk Everton, Fulham dan Queens Park Rangers.

Beliau kembali semula ke Palace pada 2014. Dan kemudian bersara. Beliau dianggap legenda oleh peminat Crystal Palace dan kini menjadi duta kelab.

4. Marcus Stewart

Mungkin nama yang agak asing bagi korang. Tapi bagi peminat EPL era 2000-an takkan lupa nama ni.

Beliau menjaringkan 19 gol untuk Ipwsich Town pada musim 2000/01. Tak hairanlah beliau dipanggil mewakili pasukan England.

Stewart berjaya membantu kelabnya layak ke UEFA Cup / Europa Leagu untuk musim berikutnya. Punyalah power mamat ni.

Namun selepas itu beliau tidak dapat lagi menjadi peledak gol yang banyak.

Marcus Stewart kemudian menyertai Sunderland. Tetapi beliau terus gagal mendapatkan semula kehebatannya.

Pada 2011, beliau menamatkan kariernya bersama dengan Exeter in 2011.

5. Michu

Satu nama penting dalam sejarah EPL. Michu merupakan pemain yang menjaringkan 18 gol dalam musim debut beliau bersama Swansea City pada musim 2012/13.

Dan ketika itu, Swansea menerima bidaan £20 juta dari Arsenal untuk Michu selepas Arsene Wenger gagal mendapatkan Luis Suarez.

Namun Swansea menolaknya kerana merasakan mereka patut mendapat sekurang-kurangya £25 juta untuk pemain yang ketika itu turut dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Sepanyol.

Namun kecederaan telah membunuh kariernya. Swansea mungkin patut menerima sahaja bidaan £20 juta daripada Arsenal itu.

Beliau hanya menjaringkan 2 gol pada musim 2013/14. Selepas melalui karier yang sukar, Michu bersara pada 2017.

6. Asamoah Gyan

Pemain dari Ghana yang ikonik dengan nombor 3 ini menyertai Sunderland selepas tamat Piala Dunia 2010. Sunderland boleh dikira baru sahaja mendapatkan bintang Piala Dunia. Gyan cemerlang dalam kempen piala dunia ketika itu.

Pada musim 2010/11 beliau menjaringkan 10 gol liga unut Sunderland. Namun musim berikutnya beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Beliau tidak mahu bermain dengan Sundeland lagi gara gara mahu menyertai Al Ain yang menawarkannya gaji lebih lumayan.

Namun selepas itu beliau meninggalkan Al Ain untuk Shanghai SIPG atas sebab yang sama iaitu gaji yang jauh lebih lumayan.

Kariernya terus tenggelam. Dan pada 2019 beliau menyertai Kayserispor dan kemudian menyertai pasukan Indian Super League iaitu NorthEast United.

7. Benni McCarthy

Seorang lagi pemain one season wonder dengan Blackburn Rovers. Beliau merupakan legenda negaranya, Afrika Selatan. Beliau menjaringkan 18 gol untuk Blackburn Rovers pada 2006/07 – satu gol lebih daripada Cristiano Ronaldo.

Namun entah kenapa, kariernya merudum dan bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya selepas itu, termasuk ketika bersama dengan West Ham dan juga di kelab Orlando Pirates.

8. Benjani Mwaruwari

Nama beliau meningkat naik ketika bersama dengan Portsmouth. Beliau menjaringkan 12 gol untuk Portsmouth dalam liga pada 2007/08.

Akhirnya beliau dibeli oleh Man City. Kenangan terindah beliau bersama City hanyalah sempat membawa keraian ikonik beliau dalam aksi Manchester Derby.

Selain itu hanyalah kisah pemain yang terlepas banyak peluang gol dan gagal mendapatkan prestasi terbaiknya.

Beliau kemudian menyertai Sunderland secara pinjaman, dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Seterusnya menyertai Blackburn Rovers dan menyertai Portsmouth semula. Tetapi kisahnya tetap sama. Beliau gagal!

Menurut Harry Redknapp, Benjani tak pernah ingin pergi dari Portsmouth kerana sudah selesa di sana. Namun kelab terpaksa menjual kerana krisis kewangan.

Baca yang lain