Santi Aouna Dedahkan Kylian Mbappe Akan Sertai Real Madrid

Wartawan Santi Aouna daripada Foot Mercato melaporkan bahawa Kylian Mbappe akan sertai Real Madrid secara percuma musim hadapan.

Mbappe masih tidak melanjutkan kontrak dengan PSG pada masa ini.

Isu kontrak Mbappe menjadi panas awal musim ini sehinggakan pemain itu diarahkan untuk dibekukan. Arahan itu dikeluarkan oleh Nasser Al Khelaifi.

Ianya selepas Mbappe enggan mengaktifkan klausa lanjutan semusim khas sehingga 2025. Mbappe berkata: “Untuk kekal di PSG sehingga 2025 tiada dalam perancangan saya. Kontrak saya akan berakhir pada akhir musim ini.”

Kenyataan itu membuatkan Nasser Al Khelaifi bengang. Dan dia telah menangguhkan bayaran bonus kesetian khas untuk Mbappe. Di mana bonus itu bernilai sekitar €30 juta yang sepatutnya diterima Mbappe ketika dia kekal di PSG selepas tamat jendela perpindahan musim panas lalu.

Nasser Al Khelaifi mengesyaki Mbappe mahu kekal hanya semata mata mahukan bonus itu dan kemudian pergi secara percuma, di mana dia akan mendapat bonus atas tandatangan. Ada kelab sanggup membayar Mbappe €100 juta jika menyertai mereka.

PSG kemudian menerima bidaan dari Arab Saudi untuk Mbappe. Namun pemain itu menolaknya. Krisis terus berlaku dan Luis Enrique meminta isu Mbappe diselesaikan segera.

Akhirnya Nasser Al Khelaifi bertemu sendiri dengan Mbappe dan mereka mencapai kesepakatan khas.

Di mana Mbappe dibenarkan kembali ke dalam pasukan. Dan dia tidak akan menuntut bonus kesetiaan jika dia pergi pada akhir musim ini.

Baru baru ini Mbappe menyatakan bahawa dia hanya fokus kepada PSG pada masa ini. Dia ada perjanjian khas dengan Nasser Al Khelaifi namun dia enggan mendedahkannya.

Mbappe tidak menolak dia juga mungkin akan menandatangani kontrak baharu di PSG. Namun buat masa ini tiada sebarang kesepakatan kontrak baharu dicapai.

Foot Mercato kemudian melaporkan bahawa Kylian Mbappe akan sertai Real Madrid secara percuma pada musim hadapan.

Santi Aouna menegaskan bahawa rundingah sudah dibuat dalam beberapa hari ini. Mbappe sebenarnya bebas bercakap dengan mana mana kelab kerana kontraknya berbaki enam bulan lagi.

Mbappe sendiri dikatakan kurang selesa dengan Luis Enrique. Di mana baru baru ini pemain itu secara terbuka mengecam taktikal Enrique yang dianggap parking bas dalam aksi UCL.

Enrique mempertahankan takikalnya kerana keutamaan PSG adalah mara ke kalah mati.

Ini bukanlah kali pertama Mbappe dikaitkan dengan Real Madrid. Sebelum ini dia pernah berjanji akan menyertai Real Madrid secara percuma.

Lebih lebih lagi Mbappe dianggap calon paling sesuai menggantikan Karim Benzema pada jangka masa panjang.

Namun tiba tiba membuat u turn dan melanjutkan kontrak di PSG.

Ia membuatkan Perez benar benar marah dan pernah mengarahkan agar nama Mbappe dikeluarkan daripada senarai scout dan sasaran kelab.

Namun tidak lama kemudian, hati Perez mulai sejuk dan dia mendapati Mbappe masih berminat datang ke Real Madrid.

Oleh sebab itu Perez membuka semula pintu kepada Mbappe.

Beberapa minggu lalu ESPN melaporkan bahawa Real Madrid masih lagi pilihan yang sangat jelas berbanding dengan kelab lain dalam perebutan mendapatkan Kylian Mbappe.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai