‘Saya Terpaksa, Sebab Telah Dibabikan Dahulu’

ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Baktee hari ini telah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sekali lagi.

ini selepas beliau terlibat dalam satu insiden bertegang urat di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Pertikaman lidah di antara Norhizam dan Low.

Untuk rekod, kedua-dua individu tersebut memang berbalah sejak bulan lalu ekoran masalah politik antara mereka.

Menerusi rakaman video pendek di Facebook, Norhizam dan Low mencabar sesama sendiri untuk bergaduh secara fizikal.

kemudian berubah setelah beberapa kata kejian berulang kali dikeluarkan, termasuk apabila Norhizam menggunakan ungkapan “babi” terhadap Low.

Low pula menggelar Norhizam sebagai “pengkhianat” dipercayai merujuk kepada tindakan bekas exco itu menjadi Adun bebas yang menyokong Umno sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan PH Melaka.

“Babi! Babi! Babi! Babi!” kata Norhizam sambil menundingkan jarinya kepada Low.

“Kau pengkhianat!” kata Low pula.

Beberapa wakil rakyat lain kemudian dilihat cuba menenangkan Norhizam dan memintanya agar duduk pada hujung klip video berkenaan.

Norhizam kemudian tampil memberikan penjelasan.

Norhizam berkata: “Kalau dulu memang kita dapat tengok secara live, bermakna dari mula sampai habis, siaran langsung itu dapat ditonton oleh semua rakyat negeri Melaka.”

“Tetapi apabila kerajaan baru ini memang kita tengok tiada live.”

“Awak tengok dari sebenarnya, awak tengok kita ni, dari masuk dewan bersidang tu lagi memang dah kecoh. Tapi saya diam.”

“Saya tak bising, saya tak marah. Saya diam saja.”

“Tetapi….”

“Apabila saya diprovok, saya dimaki hamun, dimakinya saya babi, dimakinya saya ni pengkhianat, dimakinya saya ni kerajaan pintu belakang, dan pelbagai lagi tomahan kepada saya.”

“Ini yang membuatkan saya menjadi marah. Saya berkata kepada YB pembangkang tersebut.”

“Siapa yang makan babi?”

“Siapa yang babi?”

“Siapa yang makan babi?”

“Jadi kita ni kalau nak maki babi, tengoklah, kalau kita dah makan babi, muka dah macam babi, kalau boleh perangai tu janganlah macam babi.”

“Itu yang saya katakan, dan bertalu talu saya sebut babi babi babi, kerana saya diserang oleh enam ke tujuh oleh wakil pembangkang yang menyerang saya ketika itu.”

“Saya terpaksa mempertahankan diri saya. Ok.”

“Mana mungkin saya nak berlawan dengan 7 [orang].”

“Jadi saya menghadap satu je la. Itulah pembangkang yang saya katakan babi tu. Bertubi tubi saya katakan babi babi babi.”

“Saya terpaksa bercakap begitu kerana saya telah dibabikan dahulu.”

“Bayangkan kalau saudara sendiri yang dibabikan? Apa perasaan?”

“Kita dilahirkan bukan untuk dibabikan oleh orang.”

“Kita dilahirkan orang adalah untuk menjadi manusia.”

“Dan apabila saya sebagai YB dan wakil rakyat dibabikan. Itulah jawapan yang paling tepat dan paling bagus kepada YB YB pembangkang.”

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid