Scholes Anggap Maguire Cukup Bagus Tetapi Mempersoalkan Lindelof

Paul Scholes mempertahankan kapten Manchester United, Harry Maguire yang menurutnya telah menepati standard diperlukan Manchester United.

Tetapi Scholes mempersoalkan pasangan kepada Maguire di atas padang iaitu Victor Lindelof.

Manchester United keciciran 2 mata berharga pada saat akhir perlawanan selepas diikat gol ketiga Calvert Lewin betu betul pada serangan terakhir yang dibenarkan pengadil.

Manchester United mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama menerusi tandukan Edinson Cavani dan kemudian gol cantik daripada Bruno Fernandes.

Namun awal separuh masa kedua, Man United melepaskan bolos dua gol. Ditembusi olehb Doucoure dan juga James Rodriguez.

Man United kembali di hadapan menerusi Scott McTominay. Malangnya mereka melepaskan sepakan percuma di kawasan sendiri pada saat akhir yang mencetuskan gol Dominic Calvert Lewin.

Ketika ramai mempersoalkan kualiti Maguire, Paul Scholes tampil mempertahankan pemain senegara dengannya itu dengan berkata:

“Saya berpendapat, Maguire pertahanan yang bagus. Namun kita masih meletakkan tanda soal kepada Lindelof dan sentiasa akan [tertanya tanya].”

“Saya rasa dia tak cukup pantas untuk bermain di sebelah Maguire – ataupun tidak cukup agresif.”

Man United mempersiakan peluang untuk mengikat mata Manchester City yang masih ada dua perlawanan dalam tangan berbanding United. Kini City 2 mata di atas mereka dan akan turun berdepan dengan Liverpool.

Baca yang lain