Sedih Lihat Barca Merudum, Iniesta Mahu Pulang Seperti Xavi Dan Dani Alves

Maestro legenda Barcelona iaitu Andres Iniesta menyatakan bahawa beliau sedih dan pilu melihat prestasi Barcelona dari kejauhan.

Di mana Iniesta ketika ini berada di Jepun bermain di Liga J. Oleh itu pemain tengah itu menyatakan hasratnya untuk kembali semula ke Barcelona membantu kelab itu.

Iniesta sudah bermain untuk Vissel Kobe sejak 2018 lagi. Pemain yang sudah berusia 37 tahun itu bermain untuk Barcelona lebih daripada 400 penampilan.

Kepulangan semula Xavi dan Dani Alves ke Barcelona telah membangkitkan rasa ingin pulang Iniesta ke kelab yang beliau sayangi.

Bercakap kepada Sport AS, Iniesta berkata: “Saya tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang, saya pastinya gembira apabila memikirkan satu momen dalam hidup saya untuk kembali semula ke Barcelona.”

“Tapi saya tak pasti kepulangan itu atas kapasiti apa [sama ada sebagai pemain atau staf kejurulatihan].”

Kembali semula ke Barca, pulang semula ke rumah saya, agar sata terus dapat membantu mereka dengan apa jua cara, namun tak siapa yang tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.”

Iniesta kemudian menegaskan bahawa, dia sangat terluka melihat prestasi tidak menentu Barca sejak akhir akhir ini. Terutama sekali ketika berada di Jepun.

“Saya tumpang sedih melihat Barca macam ni, melihat dari kejauhan. Jika perkara tidak menjadi, ianya kurang enak untuk dilihat, sebab kamu lihat rakan sepasukan kamu menderita, orang yang baru tiba gagal untuk mengubah keadaan. Apabila sesuatu yang kamu sayangi sedang menderita, kamu akan terluka melihatnya.”

Selain itu, Iniesta juga menegaskan bahawa beliau masih terkejut melihat Messi menyertai PSG.

“Saya masih terkejut melihat Messi beraksi untuk PSG. Saya sangat sedih melihat dia tidak dapat terus kekal di Barcelona. Namun inilah kehidupan.”

Barca sudah terlepas kejuaraan La Liga selama 2 musim. Dan musim ini dilihat bakal berdepan kesukaran sekali lagi.

Kini Xavi cuba membantu Barca untuk bangkit daripada kedudukan kesembilan dalam carta liga, ketika beliau mengambil alih.

Sama seperti Iniesta, Xavi sebelum ini pernah menyatakan beliau juga terasa sakitnya melihat Barcelona menderita.

Presiden Al Sadd menyatakan bahawa Xavi sangat sedih dan sentiasa sedia melakukan sesuatu untuk membantu Barca sekiranya mereka memerlukannya.

Itulah alasan kembali semula ke Barca menggantikan Ronald Koeman yang dipecat.

Xavi kemudian berjaya memujuk bekas rakan sepasukannya, Dani Alves untuk kembali semula ke Barca.

Dani Alves menjadi ejen bebas selepas pembatalan kontrak dengan Sao Paulo kerana tak dibayar gaji.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.