Selepas Pecat Maguire Sebagai Kapten, United Letak Tanda Harga Agar Dipercepatkan Urusan Menjualnya

Masa depan Harry Maguire di Man United semakin tidak menentu. Terbaru pemain itu dipecat daripada jawatan kapten kelab.

Dia mengakui sedih dengan pemecatan itu namun bertekad akan terus membantu kelab itu di dalam dan di luar padang.

Harry Maguire secara rasminya dilucutkan jawatan kapten selepas menggalas tugasan itu sejak Januari 2020, ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire menyatakan dia benar benar kecewa dengan pemecatan daripada jawatan kapten itu. Namun bertekad akan terus memberikan terbaik kepada kelab.

Berita tentang pertukaran kapten di United sudah diwar warkan sejak beberapa minggu lalu. Apabila Erik Ten Hag dikatakan mahu memilih kapten tipikal yang bermain sebagai kesebelasan utama.

Bukannya dari kalangan non playing captain. Istilah untuk kapten yang merupakan pemain gantian.

Nama Bruno Fernandes menjadi calon yang dianggap paling ideal menjadi kapten baharu Man United.

Maguire sudah lama kehilangan tempatnya dalam skuad Ten Hag. Dia malah bukan pilihan ketiga sekalipun untuk posisi bek tengah.

Dalam kenyataan rasminya, Maguire berkata: “Selepas berbincang dengan pengurus, dia maklumkan kepada saya dia mahu menukar kapten.”

“Dia menggariskan alasan tersebut kepada saya, dan walaupun, saya secara peribadinya sangat sangat kecewa, saya tetap akan memberikan segala yang saya ada setiap kali menyarung jersi Man United.”

“Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada penyokong Manchester United di atas segala sokongan hebat anda sepanjang saya memakai lilitan kapten.”

“Sejak hari pertama saya mengambil alih peranan itu, selama 3 tahun setengah, ianya adalah penghormatan terbesar untuk mengetuai Manchester United, dan ianya salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya sehingga kini.”

“Ianya salah satu penghormatan terbesar dalam bola sepak peringkat kelab. Saya akan melakukan apa yang saya terdaya untuk membantu United berjaya – di dalam dan di luar padang.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberikan saya tanggungjawab dan saya berharap, sesiapa sahaja yang memakainya selepas ini akan berjaya, dan akan mendapat sokongan saya.”

Dengan pemecatan Maguire sebagai kapten itu, Man United kini benar benar serius mahu menjual pemain itu.

United memang sudah lama berusaha menjual Maguire namun tidak berjaya.

Kini kelab itu sudah meletakkan tanda harga serendah £40 juta sahaja untuk pemain yang mereka beli sekitar £80 juta dari Leicester pada 2019 itu.

West Ham antara kelab yang berminat dengan Maguire. Man United pastinya membuka pintu rundingan dengan David Moyes.

Selain West Ham, pasukan seperti Newcastle dan Tottenham juga dikatakan berminat mendapatkan Maguire jika harganya tidak terlalu tinggi.

Man United ketika ini membayar Maguire £200 ribu seminggu. Jika mereka menjual Maguire segera, mereka akan menyelamatkan kira kira £20 juta dalam 2 musim ini.

Erik Ten Hag tidak mahu pemain dengan gaji setinggi itu berada di bangku simpanan semata mata.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah