Senarai Gaji Pemain Juve 2020/21, Gaji Ronaldo Boleh Bayar Gaji Pirlo 17 Tahun

Masalah gaji yang terlampau tinggi kini sedang melanda Juventus. Ianya telah membuat Juventus kini mempertimbangkan untuk menjual Cristiano Ronaldo musim depan.

Juventus membeli Cristiano Ronaldo dari Real Madrid pada 2018. Pada ketika itu itu, Juventus harus membayar 100 juta euro untuk Madrid. Ini adalah rekod perpindahan termahal untuk Juventus, juga di Serie A.

Ronaldo segera menjadi pemain penting di Juventus dan terus menjadi pemain utama di barisan serangan Juventus. Ronaldo membalas balik harganya dengan menjaringkan 71 gol dalam 94 perlawanan. Dan tidak ada tanda tanda Ronaldo sedang memperlahankan cetakan golnya.

Tetapi masalah Juventus bukan pada harga yang dibayar untuk membeli Cristiano. Sebaliknya kerana gajinya yang terlalu mahal. Impak itu sudah mulai terasa musim lalu ketika wabak melanda dunia.

Dan kini lebih 8 bulan bola sepak di Itali tanpa penyokong. Membuatkan Juve kehilangan hasil penting daripada kutipan pada hari perlawanan.

Ronaldo dibawa masuk untuk membantu kelab itu menjuarai UCL. Jika setakat untuk memenangi piala domestik, jelas sekali mereka tidak memerlukan Ronaldo.

Terbaru, media di Itali mendedahkan gaji tahunan kesemua pemain Juventus musim ini. Dan seperti dijangka gaji Cristiano Ronaldo sangat tinggi.

Jauh lebih tinggi berbanding dengan pemain lain. Gaji Ronaldo seorang lebih besar daripada gaji keseluruhan pasukan Spezia ataupun Benevento.

Sebangai perbandingan Ronaldo mendapat £28 juta semusim berbanding dengan Matthijs de Ligt, yang merupakan pemain dengan gaji kedua tertinggi di Juventus, yang hanya memperoleh £7.2 juta semusim.

Paulo Dybala hanya mendapat £6.5 juta setiap musim. Ini bermakna gaji satu musim Ronaldo cukup untuk membayar gaji Paulo Dybala selama empat musim, dan masih ada lebihan.

Antonio Conte disenaraikan sebagai jurulatih dengan gaji termahal di Serie A. Jurulatih Inter Milan mendapat £12 juta setiap musim. Ia masih jauh berbanding dengan gaji yang Ronaldo dapat di Juventus.

Lebih menarik apabila gaji Ronaldo semusim boleh digunakan untuk membayar gaji Andrea Pirlo selama 17 tahun berdasarkan kontrak semasa, dan Juventus masih ada baki untuk melangsaikan gaji staf teknikal yang lain.

Hanya ada tiga pemain Juventus yang memperoleh gaji lebih rendah daripada atau sama dengan Pirlo. Mereka ialah Merih Demiral, Gianluigi Buffon dan Carlo Pinsoglio.

Berikut senarai gaji pemain Juventus untuk musim 2020/2021:

  • Cristiano Ronaldo – £28 juta
  • Matthijs de Ligt – £7.2 juta
  • Paulo Dybala – £6.5 juta
  • Aaron Ramsey – £6.3 juta
  • Adrien Rabiot – £6.3 juta
  • Arthur – £6 juta
  • Leonardo Bonucci – £5.8 juta
  • Alvaro Morata – £5.5 juta paun
  • Wojciech Szczesny – £5.8 juta
  • Sami Khedira – £5.8 juta
  • Alex Sandro – £5.4 juta
  • Juan Cuadrado – £4.5 juta
  • Federico Bernardeschi – £3.6 juta
  • Danilo – £3.6 juta
  • Federico Chiesa – £3.5 juta
  • Giorgio Chiellini – £3.2 juta
  • Rodrigo Bentancur – £2.2 juta
  • Andrea Pirlo – £1.6 juta
  • Merih Demiral – £1.6 juta
  • Gianluigi Buffon – £1.3 juta
  • Carlo Pinsoglio – £200 ribu

Kerosakan pada struktur gaji Juventus membuatkan kelab kini memikirkan soal untuk melepaskan beberapa pemain pada harga yang tepat, terutama sekali Cristiano Ronaldo.

United intai kepulangan Ronaldo

Penyerang Portugal tersebut juga dilaporkan mempertimbangkan untuk keluar dan kembali ke Manchester United sekiranya dia tidak diperlukan lagi di Juventus.

Menurut wartawan ESPN, Christian Martin, Man United telah memulakan rundingan untuk membawa Ronaldo pulang pada musim akan datang.

Martin mendakwa bahawa Ronaldo akan meneliti cadangan United. Juventus terbuka untuk melepaskan pemain antarabangsa Portugal itu jika dia meminta untuk berpindah.

Cristiano Ronaldo menghabiskan masa enam tahun di Manchester United setelah berpindah dari Sporting Lisbon pada usia 18 tahun pada tahun 2003.

Di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson pada masa itu, Ronaldo berkembang menjadi salah satu pemain terhebat di dunia.

Sumbangan Ronaldo kepada Man United sangat luar biasa. Beliau membantu United memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada tahun 2008, Ronaldo juga menjadi pemain Red Devils pertama yang memenangi Ballon d’Or sejak George Best pada tahun 1968.

Namun, pada tahun 2009 Manchester United dengan berat hati terpaksa melepaskan Ronaldo ke Madrid dengan harga GBP80 juta. Alex Ferguson menganggap ianya adalah penjualan pemain yang paling sukar di dalam kariernya.

Ini kerana Ronaldo sendiri meminta dijual ke Madrid kerana itu adalah kelab impiannya sejak kecil lagi.

Penyerang legenda Portugal itu meneruskan kecemerlangannya dan memenangi banyak gelaran di sana termasuk perseteruan elit dengan Lionel Messi.

Beliau menambah 4 lagi koleksi Ballon d’Or selepas itu dan tidak menunjukkan ada tanda tanda beliau sudah tidak mampu bersaing di peringkat tertinggi.

United berusaha mendapatkan Ronaldo dari Madrid sebelum dia bersara pada tahun 2013. Namun, Real Madrid menolak tawaran daripada Manchester United.

Namun United harus sedar persaingan mereka untuk mendapatkan Ronaldo pastinya sengit. Terbaru, PSG juga dengan terbuka menyatakan mereka juga berminat dengan pemain seperti Ronaldo.

Baca yang lain