Serie A Tangguh Siasatan Serangan Rasis Ke Atas Lukaku, Ternyata Sorakan KIM KIM! Ditujukan Kepada Pemain Korea Selatan

Serie A membuat perkara kelakar apabila menuduh penyokong Napoli bersorak dengan niat rasis ke atas Lukaku.

Ini selepas dalam satu insiden, kedengaran penyokong Napoli bersorak ‘Kim, Kim, Kim,’ tanpa henti.

Sebenarnya chant itu ditujukan kepada pemain pertahanan mereka, Kim Min Jae dari Korea Selatan. Yang seringkali bergasak dan berduel dengan Lukaku.

Oleh sebab itu seringkali sorakan Kim Kim itu kedengaran ketika adanya Lukaku berada di situ.

Namun Serie A telah melancarkan siasatan berdasarkan video tersebut. Merasakan bahawa sorakan itu berbaur ejekan rasis.

Selepas dimaklumkan seseorang bahawa chant Kim Kim Kim adalah untuk Kim Min Jae, Serie A segera menangguhkan siasatan ke atas serangan rasis yang ditujukan kepada Lukaku.

Peminat Inter Milan mendakwa pemain mereka, Romelu Lukaku telah diejek secara rasis.

Namun ternyata chant Kim itu bukan insiden yang berkaitan. Jadi, kini Serie A cuba mencari bahan bukti lain.

Ini adalah video peminat Napoli bersorak Kim Kim Kim untuk pemain mereka.

Di media sosial, para peminat ternyata tergelak dengan Serie A yang menurut mereka tidak sedar ada pemain bernama Kim Min Jae di dalam pasukan Napoli.

Ada yang menyindir: “Tak perlu menjadi bijak pandai pun untuk tahu video tu tiada kaitan dengan Lukaku.”

Ramai juga peminat Inter juga pelik kalau chant Kim itu dituduh berbaur rasis. Mereka meminta Serie A jangan buat lawak meneruskan siasatan ke atas perkara itu.

Di Itali banyak serangan rasis ke atas pemain. Lukaku antara yang kerap menjadi mangsa. Namun kali ini, peminat Napoli mempertahankan diri mereka dengan menyatakan bahawa mereka tidak rasis.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi