Serigala: Kisah Haiwan Yang Sering Menjadi Mangsa Fitnah Orang Eropah

Permusuhan dan isu ketidakpercayaan orang eropah terhadap serigala bermula sejak era industri penternakan.

Haiwan itu telah menjadi musuh utama para petani dan peternak.

Malah kerana serigalalah, maka wujudnya profesion penggembala walaupun ketika itu hampir tiada kes serigala menyerang manusia, dan haiwan peliharaan mereka terutama sekali kambing biri biri.

Penggembala akan menjaga kambing biri biri sehingga ke malam hari. Risau kalau ada yang kena rembat dengan serigala.

Dipetik daripada Historytoday, di Georgia, ianya menggambarkan ketakutan manusia kepada serigala. Hampir setiap kali kambing biri biri yang mengembek beramai ramai akan diperiksa kerana risau dengan serangan serigala.

Sedangkan kebiasaannya ianya mengembek kerana kelaparan dan musim mengawan.

Pakar agro zaman Rom iaitu Columella mengingatkan agara para penggembala berhati hati dengan serigala daripada menyerang anjing mereka.

Dan disarankan mereka membela anjing berbulu putih atau berwarna terang.

Para penduduk desa bahkan sanggup menggali lubang dalam bagi memerangkap serigala betina yang dianggap ancaman utama ternakan mereka.

Namun hampir tidak seekor pun serigala ketika itu masuk ke perangkap mereka.

Sebaliknya haiwan peliharaan mereka berterusan menghilang. Dan saspek utama tetap serigala. Ia menaikkan lagi permusuhan di antara serigala dan manusia yang semakin membenci serigala.

Mereka mulai menuduh serigala haiwan yang licik sehingga dapat mengelak perangkap dan menyerang kambing biri biri mereka tanpa membuatkan kawanan kambing itu panik dan mengembek.

Serigala sememangnya haiwan yang sudah lama menghantui ketakutan manusia di Eropah sejak zaman kuno.

Malah dalam metafora yang menggambarkan sifat tak baik, biasanya dikaitkan dengan serigala.

Menusia yang berbahaya dalam masyarakat ataupun buas akan digelar seperti serigala. Sehingga wujud istilah seperti she-wolf – yang merujuk kepada wanita yang marah boleh menjadi buas dan ganas seperti haiwan pemangsa.

Dan ada juga istilah manusia serigala ataupun wolfman / werewolf yang menggambarkan manusia bersifat seperti hantu. Menjadi serigala jadian yang menakutkan apabila malam menjelma.

Dalam kesusasteraan di Latin, serigala seringkali digambarkan sebagai haiwan yang penuh muslihat, tipu daya dan tidak bermoral.

Manusia yang disamakan dengan serigala merujuk kepada mereka yang licik dan menggunakan kepintaran mereka untuk kejahatan.

Malah ada yang seringkali menceritakan kisah serigala mengasuh dan membesarkan anak manusia untuk menjadikan mereka lebih buas daripada serigala.

Namun dari satu sudut, serigali juga dianggap dikaitkan dengan lambang roh bela diri. Bagi orang Rom, setiap tahun sebuah festival diadakan untuk menghormati mereka (Lupercalia) dan dilarang untuk memburu mereka (serigala).

Contoh lain yang paling terkenal tentang kisah serigala dan manusia adalah kisah Romulus dan Remus yang turut menjadi logo pasukan bola sepak AS Roma. Kisah Romulus dan Remus merupakan kisah yang dikaitkan dengan pembentukan kota Rom.

Pada abad ke-15 dan 16, serigala turut dikaitkan dengan roh jahat dan ilmu hitam.

Dan imaginasi manusia ke atas kejahatan serigala mencapai kemuncaknya pada abad ke-19, apabila orang eropah mulai mereka mitos yang menganggap serigala bergabung dengan vampire untuk memberikan ketakutan gothic.

Sehingga ke hari ini, orang Eropah masih tidak mempercayai serigala.

Rujukan: Male ID

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang