Seringkali Terkena Sumpahan Harijadi Adiknya, Pochettino Sedia Berikan Neymar Cuti Khas

Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan Neymar diberi cuti panjang pada bulan Mac, sempena harijadi adiknya, Rafaella Santos.

Agak pelik kerana kisah  sedikit sensasi bahawa Neymar selalu hilang dari aksi untuk PSG, dan sebelumnya Barcelona, ​​sekitar 11 Mac.

Dan agak pelik juga selain daripada selalu balik meraikan harijadi adiknya, Neymar juga secara kebetulan kerap digantung ataupun cedera pada tarikh tersebut.

Malah media di eropah mulai menggelar perkara itu sebagai ‘sumpahan harijadi adik Neymar’.

Jadi masih ada enam minggu lagi untuk mengetahui sama ada Neymar kali ini balik meraikan harijadi adiknya itu.

Lebih mengejutkan apabila kerana Mauricio Pochettino sendiri membincangkan perkara itu.

“Apabila tiba waktunya, kita akan lihat. Penting untuk menjadi tactician yang baik, tetapi pengurusan adalah asas.”

“Ketika saya memulakan latihan, saya mengatakan kepada diri sendiri bahawa saya akan menjadi tidak fleksibel dan tidak akan membiarkan apa-apa.

“Tetapi setelah 12 tahun, saya menyedari bahawa saya lebih fleksibel setiap kali dan saya suka berunding untuk semuanya.”

“Hari ini, generasi baru ingin memberikan pendapat mereka, untuk didengarkan. Dan rundingan harus diutamakan.”

“Tidak ada yang harus  dimenangkan dengan memaksa sesuatu. Anda harus berbincang, berunding.”

Sumpahan harijadi adik Neymar itu bermula sejak tahun 2015, ketika bekas pemain Santos itu masih bermain untuk Barca.

Dia mendapat kad kuning kelima musim ini melawan Granada pada 28 Februari, yang bermaksud dia akan digantung untuk perlawanan 8 Mac menentang Rayo Vallecano,

Neymar meminta cuti khas dan dibenarkan pulang. Neymar kemudian kembali sebelum perlawanan berikutnya pada 14 Mac.

Pada 2016 Neymar sekali lagi digantung perlawanan dan dibenarkan bercuti pada 6 Mac setelah mendapat izin dari pengurus, dan juga atas persetujuan kapten pasukan.

Neymar bermain dengan sangat baik dalam aksi UCL pada 2017 untuk membantu Barca menewaskan PSG 6-1.

Tetapi dia mengalami kerana sakit otot dan terlepas perlawanan menentang Deportivo La Coruna beberapa hari kemudian.

Dia tidak dapat bermain dalam satu lagi perlawanan pada tahun 2018 kerana kecederaan, sementara tahun 2019 Neymar terpaksa berehat panjang kerana kecederaan.

Pada musim lalu, Neymar dan PSG tidak bermain sehinggal Julai kerana musim wabak. Namun beliau tampil cemerlang dalam aksi UCL membantu kelab Paris itu layak ke final.

Adakah tahun ini Neymar sekali lagi tak bermain dalam aksi pada hari jadi adiknya? Dan aksi itu sangat penting kerana PSG akan berdepan dengan Barca pada 10 Mac, sehari sebelum aksi berdepan Barca.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai