Shin Tae Yong Bengang Perbuatan Asnawi Mangkualam Menganjing Faris Ramli, Ancam Gugurkan Kapten Dari Pasukan

Shin Tae Yong jelas sekali tidak gembira dengan tindakan pemain bintangnya Asnawi Mangkualam yang menganjing lawannya ketika Faris Ramli kecewa selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti.

Statusnya sebagai kapten seharusnya digunakan untuk menjadi ‘duta’ pasukannya di atas padang dan menunjukkan teladan yang lebih baik.

Asnawi pergi ke arah Faris Ramli dan mengejek pemain Singapura itu dengan tidak semangat kesukanan. Kejadian itu berlaku ketika baksi Indonesia bertemu pasukan Singapura pada aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2020 pada Sabtu lalu.

Aksi Asnawi Mangkualam tular di media sosial selepas perbuatannya mempersendakan Faris Ramli. Ramai peminat Indonesia membuat meme di media sosial dan menganggap perbuatan ‘taunting’ ataupun menganjing itu sebagai kelakar namun tidak bagi Shin Tae Yong.

STY dapat tahu insiden selepas perlawanan dan dia tak gembira

Kelakuan biadap Asnawi itu malah membuatkan pemain itu terancam dan boleh kehilangan tempat dalam aksi final Piala AFF Suzuki.

Dalam aksi tersebut Singapura yang beraksi 10 pemian berpotensi mendahului 3-2 jika penalti itu masuk dan boleh membuatkan Indonesia menangis tersingkir daripada separuh akhir.

Malang sekali Faris ketika itu melakukan penalti yang buruk dan diselamatkan oleh penjaga gol. Shin Tae Yong sangat terkejtu apabil Asnawi Mangkualam tiba tiba meluru dan mencangkung depan Faris Ramli untuk mempersendakan pemain tersebut yang sedang memegang kepalanya kehampaan.

Asnawi Mangkualam dilaporkan segera menjerit dan berkata “terima kasih” kepada Faris Ramli kerana gagal melaksanakan penalti itu.

Jika di Eropah tindakan Asnawi itu mungkin akan mengundang kad kuning kerana kelakuan tidak ada semangat kesukanan. Namun mujur sekali pemain itu tidak mendapat sebarang amaran.

Kapten Indonesia itu menjadi perhatian ramai. Walaupun ramai yang menganggap ianya aksi banter dan troll yang kelakar. Ada juga media dan pemerhati bola sepak yang mengecam tindakan itu terutama sekali media di Singapura.

Shin Tae-yong jelas sekali sangat profesional dan tidak menyukai tindakan kaptennya itu. Namun dia mengaku tidak melihat kejadian di atas ketika berdiri di padang pada masa itu.

Tetapi dia mendapat tahu perkara itu selepas itu kerana ianya hangat dikongsikan netizen.

Faris Ramli turut menggunakan foto yang sama ketika dia memberikan komen tentang kegagalan Singapura pada edisi kali ini dan berjanji ianya akan menjadi titik tolak kebangkitan mereka.

Melihat video itu selepas aksi separuh akhir kedua itu, Shin yang bengang sudah memberikan amaran agar tidak ada lagi mana mana pemainnya yang melakukan tindakan biadap yang serupa itu lagi.

Terkenal dengan ketegasannya, Shin tidak mahu pemainnya hanya membangun secara teknikal sebagai pemain bola sepak semata mata, namun pada masa yang sama membangun sebangai insan yang berakhlak terpuji dan profesional.

Selain itu, dia mahu pemainnya hanya fokus kepada tugasan mereka di atas padang bukannya cuba mengejek lawan mereka dengan cara sedemikian yang tidak ‘sporting’.

Perbuatan seperti itu adalah tidak perlu, kerana sukan bola sepak itu sendiri mengajar sikap menghormati lawan dan semangat fair play.

STY: Buat lagi macam tu, saya akan buang kamu

Shin berkata: “Saya tidak nampak ia berlaku di stadium. Namun, saya terkejut melihat tayangan semula. Saya marah kepada Asnawi selepas makan tengah hari dan berkata, ‘Jika perkara seperti berlaku lagi semasa saya menjadi jurulatih, jangan harap kamu boleh masuk pasukan kebangsaan Indonesia lagi,'” kata Shin Tae-yong menurut laporan daripada media Korea Selatan, The JoongAng.

Shin Tae-yong tidak menerima perkara seperti itu dalam pasukannya walaupu jurulatih lain mungkin akan tutup mata.

“Semua pemain di atas padang adalah rakan sekerja. Hatinya [Faris Ramli] pasti hancur kerana gagal melaksanakan penalti itu. Asnawi telah berjanji tidak akan melakukannya lagi,” kata Shin Tae-yong lagi.

Pasukan kebangsaan Indonesia akan bertemu Thailand pada perlawanan akhir Piala AFF 2020. Perlawanan itu akan berlangsung dalam dua aksi. Final pertama Rabu 29 Disember 2021 dan final kedua pada 1 Januari 2022.

Indonesia dianggap antara kuasa besar dalam Asia Tenggara, namun malangnya mereka masih belum pernah menjuarai Piala AFF Suzuki yang dahulunya digelar Piala Tiger.

Indonesia menjadi pasukan paling banyak menjadi naib juara dengan sebanyak 5 kali.

Ini adalah peluang terbaik Indonesia untuk menamatkan penantian panjang mereka.

Ketegasan Shin Tae Yong sentiasa membuatkan pemainnya ‘takut’ dan hormat kepadanya. Pernah terjadi, Shin Tae Yong menyingkirkan pemain muda Indonesia daripada jelajah pasukan kerana masalah disiplin.

Kisah Shin Tae Yong Singkirkan Dua Pemain Muda Dari Penerbangan Ke Croatia Kerana Terlajak Tidur

Kejadian itu berlaku pada September tahun 2020. Di mana ada dua pemain pasukan kebangsaan U-19 pada saat akhir berlepas ke Croatia untuk kem latihan lanjutan.

Shin Tae Yong merupakan jurulatih yang mengendalikan pasukan utama dan juga pasukan belia Indonesia. Dua pemain malang itu ialah Serdi Ephy Fano dan Ahmad Afhridrizal. Kedua dua pemain datang lewat untuk sesi latihan sebelah pagi.

Oleh kerana dua pemain itu lambat melapor diri, maka mereka berdua telah disisihkan secara terus daripada rombongan ke Croatia.

Shin Tae Yong memang jurulatih yang sangat tegas dengan tahap disiplin yang tinggi.

Ada beberapa kesalahan yang dianggap Shin sebagai mandatori dan tak boleh dilakukan langsung. Salah satu daripadanya adalah alasan lambat bangun yang digunakan ketika masuk lambat ke pusat latihan.

Dilaporkan dua pemain tersebut tidak sangka Shin setegas itu sampai menyingkirkan mereka daripada rombongan ke Croatia hanya kerana lambat beberapa minit sahaja.

Kerana sebelum ini pemain pemain yang lambat hanya akan dikenakan hukuman ringan ataupun amaran verbal.

Mungkin diorang ingat Shin Tae Yong ni boleh kawtim lagi kot.

Sherdy menyatakan dia tidak mempunyai dendam terhadap Shin. Sebaliknya, dia mengambil banyak pelajaran dan mengakui kesilapan.

“Pagi ini saya bangun lewat semasa latihan. Semasa rakan-rakan saya hendak pergi (ke padang) saya masih tidur. Itulah sebabnya saya terpaksa datang lambat.”

“Ketika rakan sebilik saya dan saya sampai di stadium, latihan telah pun bermula, ”kata Sherdy di laman web rasmi Bhayangkara.

“Saya masih teruja untuk terus bermain dengan pasukan kebangsaan di masa akan datang. Saya mengakui bahawa saya salah, tidak berdisiplin.”

Jurulatih Shin Tae Yong sangat mengutamakan disiplin dan etika dan saya melanggar peraturan itu” kata seorang lagi pemain.

Tidak cukup tidur antara perkara yang paling serius dalam bola sepak profesional.

Mesut Ozil pernah dipotong gajinya kerana kantoi berstreaming di Twitch lebih 11 malam beberapa tahun lalu.

Ousmane Dembele pernah dikenakan tindakan tatatertib dan kontraknya dirombak dengan memasukkan klausa khas di mana dia tak boleh matikan telefonnya ataupun meletakkannya dalam mod senyap pada hari latihan.

Ianya gara gara pemain itu terlewat bangun beberapa kali. Kemudian, Mahmadou Sakho pernah dikenakan amaran hanya kerana memuat naik status snapchat pukul 3 pagi pada hari latihan.

Mungkin kita di Malaysia dan Indonesia tidak begitu ambil berat sangat soal ini. Sebab tu pemain bola sepak dibayar mahal. Sebab sebahagian hidup mereka sudah diambil oleh kelab.

Baca yang lain