Siapa Penyerang Tengah Paling ‘Power’ Manchester United Sejak 1992

Siapakah penyerang Manchester United yang paling terkenal dan paling power sejak Liga Perdana Inggeris dijenamakan semula pada 1992.

Aku tak susun ikut siapa paling power tapi ikut garis masa untuk bagi nampak lebih jelas.

Alex Ferguson mempunyai 21 musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dijenamakan semula. Jika dicampur musim sebelumnya sudah pasti boleh lawan Mahathir.

1992-1995, Mark Hughes (264 penampilan/87 gol)

Musim yang menyaksikan EPL berjaya menarik penaja paling besar dalam sejarah sukan di British pada ketika itu. £304 juta dari Sky dan BBC Sport.

Sudah pasti musim tersebut semua orang akan ingat Ferguson membeli Eric Cantona dengan harga sekitar £1.8 juta. Pembelian Cantona dari Leeds ini agak mengejutkan ramai pemerhati pada ketika itu.

Cantona membantu penyerang utama Mark Hughes yand sedang berada di musim ke-4 di Old Trafford selepas meninggalkan Barcelona pada musim 1988/89.

Hughes sudah mengumpul 153 penampilan dan menjaringkan 50 gol sepanjang 3 musim sebelum kehadiran Cantona. Hughes meraih 111 penampilan dan 37 jaringan selama 3 musim seterusnya bersama Cantona.

Inilah penyerang utama Manchester United pada awal EPL. Hebat tak?

Foto: Phil Noble/PA Wire.

1994-2002, Andy Cole (274 penampilan/120 gol)

Kat sana tak macam kat Malaysia, semusim sebelum Hughes dijual, Ferguson sudah merembat penyerang sensasi Newcastle United. Andy Cole kelabu mata dah pergi ke Old Traford dengan nilai perpindahan sekitar £9.6 juta.

Cantona membantu Cole menjadi lebih power walaupun dia sudah terbukti power di St James Park. Andy kekal kat sana selama 8 musim dan bermain sebanyak 274 kali dalam semua pertandingan.

Menyumbat gol 93 kali di liga dan 27 kali dalam pertandingan lain. ngam 120 tu. Amacam? Power sikit dari Hughes, biasalah pemain Newcastle katakan.

Cantona aku tak nak tulis dia sebagai penyerang, aku nak cerita pasal penyerang tengah dan atas. Cantona berada diantara garis masa Hughes dan Cole.

1995-2006, Dwight Yorke (152 penampilan/66 jaringan)

Lepas tu Ferguson beli 3 penyerang dalam tempoh 3 musim berturut-turut macam pasukan bola kat Liga Malaysia, bermula pada 1995 beli Ole Gunnar Solsjaer, 1996 Sheringham dan 1997 Dwight Yorke.

Solsjaer paling setia apabila kekal disana selama 11 musim walaupun hanya mendapat 4 musim sebagai pemain utama iaitu pada musim 1996/97, 2000/2001, 2001/02 dan 2002/03.

Solsjaer memang macam tu, dia cepat selesa. Tak caye cer tengok sekarang United bawah dia. Rilek je walaupun kalah banyak.

Solsjaer dibeli dari Molde dengan harga tak mahal, £2.5 juta setahun sebelum Cole dijual. Dan Sheringham masuk untuk memberi Ferguson pilihan 2 penyerang.

Seterusnya Yorke dibeli dengan harga £19.25 juta untuk menggantikan Cantona yang bersara pada musim 1997/98.

Teddy, Ole, Yorke dan Cole membentuk serangan Manchester United paling dasyat dibantu dengan sekumpulan pemain dari kelas peralihan. Ops silap… kelas 91.

Menang Liga Juara Eropah kan.

Solsjaer tampil 366 kali dengan 126 jaringan. Dia tak dikenali sebagai penyerang utama sangat sebab catatan selama 11 musimnya bersama kelab lebih banyak bertindak sebagai penyerang simpanan. Teddy Sheringham dengan 153 kali dan 46 gol sepanjang 4 musim dan Yorke paling power dengan 152 penampilan dan 66 gol.

Era Cole dan Yorke.

Foto: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

2001-2006, Ruud Van Nistelrooy (220 penampilan/150 gol)

Ya tuan-tuan, penyerang yang akhirnya menjadi lagenda United tiba pada musim 2001/02. Ferguson membuat pembelian double pada musim tersebut. Nistelrooy dengan harga £28.5 juta dan Diego Forlan dari Indepidiente, £11 juta.

4 musim Forlan penuh dengan kisah sedih dalam kariernya. Tidak pernah menjadi pemain utama, muncul 98 kali dan hanya mencatat 17 gol.

Mungkin Nistelrooy terlalu power bagi Forlan sehingga dia rasa rendah diri nak bersaing. Penyerang kelahiran Belanda itu mejadi penyerang utama selama 4 musim dan mempunyai 1 musim yang cedera.

Ketika Nistelrooy berjaya menjadi pemain 20 gol di EPL selama 4 musim, Forlan dilelong ke Villareal dengan harga mampu milik £3.2 juta. Hah rugi £8 juta.

Selepas 5 musim (2001-2006) dengan catatan padu, Nistelrooy dijual ke Real Madrid, £32 juta. Dah la dapat banyak gol, untung duit pula £4 juta.

Nistelrooy ni memang power.

2002-2017, Wayne Rooney (559 penampilan/235 gol)

Semusim sebelum kedatangan Rooney, United membeli 2 penyerang yang akhirnya agak jahanam juga. Louis Saha dan David Bellion dengan nilai sekitar £20.5 juta. Mujurnya pada ketika 2 orang ni datang, Nistelrooy masih ada.

Rooney sempat bersama Nistelrooy selama 2 musim sebelum baton penyerang utama diserahkan kepadanya. Rooney pecahkan rekod Solsjaer menjadi penyerang paling lama di Old Traffor, 13 musim. Walaupun beberapa musim terakhir dia bermain lebih kebawah.

Mujur tak sempat jadi defend jer.

Rooney ada berapa musim jadi pemain utama? 12 musim. Tampil lebih 40 semusim pada 10 musim pertama dan tidak kurang 35 penampilan semusim pada 3 musim kecuali musim 2016/17. Iaitu musim terakhirnya.

Pemain yang dibeli dari Everton ketika berusia 16 tahun ini tampil 559 kali dan meninggalkan 253 koleksi jaringan dalam semua pertandingan.

2006-16, Robin van Persie (110 penampilan, 48 jaringan)

Dalam era Rooney. Ferguson membawa masuk 10 penyerang dan Robin Van Persie paling mendapat perhatian. Henrik Larsson dan Carlos Teves dibawa dengan terma pinjaman.

Federico Macheda dan Danny Welbeck menjadi penyerang pertama yang dipromosi dari akademik kelab oleh Encik Ferguson. Michael Owen datang dengan percuma. Manucho, dan  Mame Biram Diuof 2 pembelian yang terus gagal di kelab.

Dimitar Berbatov juga menjadi penyerang berbaloi, tampil 4 musim dengan 148 kali bermain dan 50 gol. Tetapi tidak mampu menandingi populariti Van Persie. Dia mengumpul 48 jaringan dalam 110 penampilan sepanjang 3 musim.

Dalam tempoh ini juga Javier Hernandez ada, cuma dia tak pernah jadi pemain utama sepanjang 6 musim kat sana.

Pada musim 2013/14, Ferguson bersara dan mencadangkan David Moyes menggantikannya.

Moyes tidak membeli sebarang penyerang baru, cuma pakai yang mana ada. Rooney, Welbeck, Van Persie dan Hernandez. Moyes dipecat tak sampai 2 musim.

2014-2019, Romelu Lukaku (77 penampilan/42 jaringan)

Louis Van Gaal meminjam masuk Radamel Falcao dari Monaco dengan yuran £7.6 juta. Penyerang ini gagal teruk di Old Trafford. Tampil 29 kali dan menjaringkan 4 gol.

Marcus Rashford menjadi penyerang ke-3 dipromosi sejak 1992, musim lepas merupakan musim yang paling kerap pemain ini bermain dengan 36 penampilan.

Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain gemilang berbanding Falcao tetapi hanya sempat bermain semusim lebih sikit, tercedera pula. Zlatan mencatat 28 gol pada musim pertama dan menambah 5 jaringan pada musim seterusnya dan cedera.

Apabila Jose Mourinho tiba di Old Trafford pada musim 2016/17, pengurus ini tidak membeli penyerang pada musim pertamanya. Tetapi dia terus memecah rekod kelab membeli penyerang dengan harga paling mahal.

No money, no Mourinho.

Membeli Romelu Lukaku, £84.7 juta yang akhirnya dijual kepada Inter Milan dengan harga sekitar £65 juta. Walaubagaimanapun Lukaku menjadi penyerang terakhir Manchester United yang boleh dikira bagus.

17 jaringan pada musim pertama dan 15 jaringan di musim ke-2, lepas tu buat perangai tak nak main dah kat sana. Nak main dengan Conte katanya.

Rumusan

Inilah 7 penyerang terbaik Manchester United sejak 1992 dibawah 5 pengurus. Ruud Van Nistelrooy mungkin antara yang boleh diletak no.1. Dalam analisi kami, kami tidak menyenaraikan Christiano Ronaldo kerana mahu mencari penyerang tengah kelab.

 

 

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi