Simeone Berdepan Badi No.1 Beliau Di UCL Iaitu Cristiano Ronaldo, Ini Rekod Luar Biasa Bangdo

Atletico Madrid dikatakan sebagai pasukan yang membuat bantahan rasmi selepas diundi berjumpa dengan Bayern Munich pada undian pertama.

Namun pada undian kedua, skuad Diego Simeone itu diundi pula berdepan dengan Manchester United yang kini diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo.

Ronaldo merupakan badi paling utama Atletico dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Manchester United yang awalnya diundi berdepan dengan PSG – pasukan terkuat daripada balang dua – yang menempatkan pasukan naib juara kumpulan.

Ini adalah pertarungan istimewa buat David De Gea yang akan berdepan dengan bekas kelabnya itu buat pertama kalinya, sejak berpindah dari Atletico ke Old Trafford pada sedekad yang lalu.

Namun bagi Ronaldo, menentang Atletico di Eropah sentiasa menjadi detik istimewa. Di mana Ronaldo sudah banyak kali menjadi orang yang bertanggungjawab menghumban Atletico dan pernah menewaskan mereka di final.

Dari tahun 2014 sehingga 2019, Atletico kalah di peringkat kalah mati kepada pasukan yang ada Ronaldo.

Ronaldo memainkan peranan penting pada 2014 dan juga final 2016. Di mana Real Madrid menewaskan seteru sebandar mereka itu, menafikan kejuaraan UCL Atletico.

Pada 2015, Ronaldo turut menjadi pemain penting ketika Real Menewaskan Atletico di suku akhir, dan kemudian di pentas separuh akhir, 2 tahun kemudian.

Real Madrid dan Ronaldo sentiasa menjadi badi kepada Atletico, tak kira apa jua prestasi semasa mereka ketika itu.

Ronaldo meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus pada 2018. Dan menjadi inspirasi kebangkitan Juventus ke atas Atletico pada pusingan 16 akhir di Turin.

Juventus kalah 2-0 di Madrid pada perlawanan pertama. Namun hatrik Ronaldo pada perlawanan kedua memastikan Atletico tersungkur lagi di tangan Ronaldo.

Kedua dua pasukan bertemu lagi musim 2018/19, di mana Juventus menang 1-0 di Turun, dan kemudian seri 2-2 di Madrid.

Ronaldo memiliki rekod luar biasa berdepan Los Rojiblancos. Bertemu mereka 35 kali setakat ini, dan sudah menjaringkan 25 gol.

Lebih hebat lagi, Ronaldo menjaringkan 4 hatrik ke atas Atletico di dalam kariernya.

Jadi dengan semua rekod yang ada ini, peminat Atletico pastinya sedar akan ancaman Ronaldo. Pemain yang berusia 36 tahun itu masih menjadi penjaring utama pasukannya pada ketika ini.

[VIDEO] Detik Ronaldo Diejek Fans Atletico Dan Bangkit Membalas Dendam, Kuat Betul Mentaliti Beliau

Cristiano Ronaldo dikenali dengan sikapnya yang tak nak mengalah dan seringkali membalas kritikan dengan aksi di atas padang.

Ada satu peristiwa menarik berlaku pada 2019. Di mana Ronaldo membalas kutukan dan troll daripada peminat Atletico Madrid dalam saingan UCL.

Cristiano secara rasminya meninggalkan pasukan Italy tersebut. Namun begitu siapa akan lupa 1 episod luar biasa yang dilakukan oleh beliau daripada beberapa lagi aksi heroic.

Pada 20 Februari 2019, Atletico menang 2-0 dalam aksi pertama peringkat 16 akhir di Wanda Metropolitano Stadium.

Dua jaringan lewat oleh Jose Gimenez dan Diogo Godin memberikan kemenangan bersejarah buat Atleti. Dan peminat Atletico terlalu awal terbuai buai dengan kejayaan itu.

Ronaldo kecewa sepanjang malam selepas dilayan dengan kasar sekali oleh pertahanan Atletico. Membuatkan Max Allegri kecewa dengan cara permainan Atletico ke atas Ronaldo.

Peminat peminat Atletico bersorak gembira melihat kekalahan Ronaldo. Sejak dari Ronaldo beraksi di Sepanyol lagi, peminat Atletico memang menyampah dengan Ronaldo. Mereka malah selalu mengejek Ronaldo dengan sorakan meminta dia membayar cukai.

Seorang peminat Atletico di luar stadium berkata kepada Ronaldo: “Cry, cry, go to Turin and cry!”

Seorang lagi berkata: “Pergi balik Itali dan jangan kembali.”

Ronaldo kemudian mengangkat tangannya dengan simbol 5 jari, merujuk kepada jumlah kejuaraan UCL dia menangi berbanding dengan 0 dimiliki Atletico.

Di media sosial, para peminat Atletico berterusan memperlekehkan Ronaldo dan menyatakan bahawa pemain itu tidak akan mampu berbuat apa apa dalam perlawanan seterusnya. Mereka menyatakan sudah tak sabar melihat Ronaldo menangis lagi.

3 minggu kemudian, Ronaldo menunjukkan salah satu aksi terbaik secara individu dalam aksi UCL. Di mana beliau membuatkan peminat Atletico pula menangis dengan menjaringkan hatrik untuk membantu Juve menang 3-0 dan mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.

Ronaldo telah menjadikan malam yang dianggap mustahil menjadi tidak mustahil:

Ronaldo kemudian memberitahu wartawan bahawa itu adalah malam ajaib untuk dirinya dan Juventus.

Ronaldo berkata: “Ianya malam yang istimewa – bukan sahaja sebab gol yang telah saya jaringkan, tetapi untuk kejayaan pasukan.”

“Ini adalah mentaliti juara, kami menikmati malam ajaib ini.”

Saksikan di sini:

Baca yang lain