SS Napoli Sertakan Gambar Jennie Dalam Galeri Pasukan Gara Gara Tampal Logo Kelab Pada Bajunya

Siapa tak kenal dengan Jennie Kim ataupun Kim Jennie yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Blacpink yang padu itu.

Jennie mulai menjadi perhatian peminat bola sepak seluruh dunia, gara gara ada logo Napoli yang ditampal pada lengan bajunya.

Baju itu dipakainya saat menyanyikan lagu terbaru Blackpink, ‘How You Like That’.

Ketika itu, Blackpink tampil di program television ‘Show!MusicCore’.

Fesyen Jennie itu ternyata dengan laju menjadi perhatian dunia. Ditambah dengan populariti yang ada padannya.

Gambar itu membuatkan team media sosial SC Napoli berkongsi gambar tersebut dengan emoji girang dan sempat menyukai gambar tersebut.

Malah mereka memuat naik gambar Jennie dalam album galeri gambar pemain Napoli.

Jennie BLACKPINK atau Jennie Kim adalah seorang penyanyi. Dia juga merupakan anggota pertama dari BLACKPINK di bawah YG Entertainment.

Sebenarnya Jennie sudah bergabung dengan YG Entertainment pada Ogos2010 lalu dan menjalani latihan selama 5 tahun 11 bulan sebelum debut bersama BLACKPINK. Posisinya dalam grup BLACKPINK adalah main rapper, lead vocal, dan center.

Meskipun lahir di Korea Selatan, Jennie pernah dibesarkan di New Zealand juga pernah berlakon dalam filem dokumentari tentang kehidupan orang Korea yang tinggal di New Zealand.

Jennie belajar di Cheongdam Middle School, Waikowhai Middle School, Ceongdam High School, dan ACG Parnell College. Beliau juga pernah belajar di salah sebuah sekolah di Belanda.

Sebelum debut bersama BLACKPINK, Jennie pernah berkolaborasi dengan artis YG seperti G-Dragon dengan lagunya Black, bersama Lee Hi dengan lagu Special, juga bersama Seungri dengan lagu GG BE.

Jennie juga pernah menjadi model di video klip milik G-Dragon yang berjudul That XX tahun 2012 lalu.

Jennie menguasai beberapa bahasa termasuk Korea, Inggris, juga bahasa Jepun secara asas. Jennie juga menyukai yoga serta suka minuman segar. Warna kegemaran Jennie adalah hitam dan pink sebagaimana nama kumpulannya.

Jennie dan Blackpink telah menempa banyak kejayaan. Dan kini sibuk dengan promosi lagu terbaru mereka How You Like That. Lagu yang sudah mendapat lebih 390 juta tontonan setakat ini di Youtube.

Apa agaknya reaksi Gatusso melihat tetiba ada gambar Jennie dalam galeri pasukan?

Diharap Jennie dapat meluangkan masa untuk berjumpa dengan Gattuso jika ada kelapangan kelak.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid