Statistik Paul Pogba vs Norwich Yang Power

Paul Pogba tidak berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan, dalam aksi Man United berdepan Norwich – dalam aksi suku akhir Piala FA.

Man United berhempas pulas menewaskan pasukan Norwich yang beraksi 10 orang sepanjang masa tambahan 30 minit.

United berada di hadapan menerusi Odion Ighalo yang menyambar kemas flick daripada Juan Mata.

Namun Todd Cantwell menyamakan kedudukan dengan rembatan yang sangat cantik.

Beliau melakukan rembatan slice yang menewaskan Sergio Romero.

Impak Pogba

United bergelut teruk untuk mengatasi Norwich dalam perlawanan ini.

Namun kemasukan beliau jelas memberikan impak tersendiri.

United bermain agak teruk pada separuh masa pertama. Membuatkan OIe Gunnar Solskjaer terpaksa membuat pertukaran.

Prestasi Pogba dan Bruno Fernandes juga menggembirakan peminat Man United sekali lagi. Kedua duanya terus menunjukkan keserasian di atas padang.

Pogba mengawal tempo perlawanan dengan baik pada perlawanan ini. Jauh berkesan berbanding dengan aksi mereka sebelum kemasukan Paul Pogba.

United berada dalam kedudukan mereka terus diserang oleh Norwich. Oleh sebab itu Ole merasakan beliau perlu melakukan sesuatu.

Sepanjang aksi 42 minit beliau di atas padang, Pogba telah merekodkan 93% hantaran tepat dan mencipta 4 peluang gol di atas padang.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam gol kemenangan United. Di mana hantaran vertikal beliau tepat kepada Ighalo yang kemudiannya melakukan flick kepada Harry Maguire.

Saksikan rangkuman aksi Pogba vs Norwich di sini:

https://twitter.com/i/status/1277013394223226885

Man United berpeluang untuk mara ke final Piala FA sekali lagi. Mereka kini akan beraksi di Wembley untuk aksi separuh akhir.

Β 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi