Suarez Pernah Cadangkan Nunez Kepada Barca Tapi Diorang Tak Nak

Luis Suarez menyatakan bahawa dia agak kecewa kerana bekas kelabnya, Barcelona tak mengendahkan cadangannya untuk mendapatkan Darwin Nunez ketika pemain itu masih murah.

Darwin Nunez kini sangat mahal di pasaran perpindahan dengan Liverpool hampir pasti memuktamadkan perpidahan pemain itu.

Ini selepas Benfica sendiri mengesahkan bahawa mereka sudah melepaskan pemain untuk memuktamadkan perjanjian tersebut yang menelan kos sehingga £85 juta / EUR100 juta.

Liverpool dan Benrfica setuju dengan bayaran asas £64.1 juta ditambah bonus prestasi £21.3 juta. Ia bakal menjadi rekod perpindahan untuk kelab tersebut.

Nunez merupakan pemain yang baru berusia 22. Dia mendapat debut pada 2017 ketika berusia 18 tahun di bawah bekas pengurus Uruguay iaitu Leonardo Ramos yang ketika itu mengendalikan Penarol.

Ramos percaya bahawa Nunez memiliki potensi untuk menjadi the next Suarez atau Cavani dalam bola sepak mereka.

Ramos kemudian menegaskan bahawa gaya permainan Nunez lebih kepada separuh Cavani dan separuh Suarez.

“Dia lebih mirip kepada corak permainan Cavani, namun Darwin nampaknya lebih kuat dan laju,” jelas Ramos kepada La Pagina.

“Dia lebih kuat dan selain daripada fizikal yang lasak dia juga memiliki keupayaan menjaringkan gol yang baik. Boleh dikatakan dia adalah gabungan 2 bahagian iaitu Cavani dan Suarez.”

Uruguay merupakan negara yang tidak pernah ketandusan bakat penyerang elit dalam sejarah mereka. Kini Nunez sudah sedia untuk menjadi penyambung legasi tersebut.

Luis Suarez antara penyerang terbaik pernah dilahirkan oleh Uruguay. Dia juga merupakan bekas pemain Liverpool yang menjaringkan 82 gol daripada 133 penampilan untuk The Reds.

Luis Suarez sebenarnya pernah mencadangkan agar Barcelona mendapatkan rakan senegaranya itu ketika di Almeria. Malang sekali Barcelona masa tu menyatakan bahawa Nunez terlalu muda untuk dibeli.

“Saya mencadangkan Darwin kepada Barcelona. Saya dah ada pengalaman 15 tahun di peringkat antarabangsa. Saya tahu la satu dua perkara tentang penyerang ni.”

“Saya beritahu mereka: ‘beri perhatian kepada budak seorang ni, dia sangat bagus, dia ada banyak perkara yang menarik’.”

“Tapi malangnya mereka tak nak dengar.”

Benfica kemudian datang menyambar pemain tersebut. Dan dia menjadi salah seorang penyerang yang lebih digeruni ketika di sana.

Mungkin Barcelona trauma agaknya nak dengar cakap Suarez. Ye la, sebelum ni kan dia yang beriya mencadangkan Coutinho ke kelab tu. Lepas tu hauk teruk prestasi pemain tu.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai