Szczesny Provok Rebic: “Kau Sedang Kalah 2-0, Jangan Nak Poyo“

Tidak dinafikan, Juventus hampir pasti mengesahkan satu lagi kejuaraan Serie A mereka.

Namun para peminat mereka sedang marah menelan kekalahan yang dianggap memalukan. Ini selepas mereka mendahului dua gol, namun terkena kebangkitan 4 gol oleh AC Milan di San Siro.

Juventus di hadapan menerusi Adrian Rabiot dan Cristiano Ronaldo.

Milan kemudian membazirkan beberapa peluang gol.

Ibrahimovic akhirnya menjaringkan gol pertama Milan pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti.

https://twitter.com/4567vvv/status/1280625026203619336?s=19

Milan kemudian melengkapkan kebangkitan lima minit menerusi dua lagi gol oleh Franck Kessie dan Rafael Leao.

Ante Rebic menambah satu lagi gol, kuranng 10 minit daripada wisel penamat.

Kekalahan Juve ini menyaksikan skuad bimbingan Maurizio Sarri mempersiakan peluang untuk menjarakkan diri 10 mata daripada Lazio.

Ini selepas Lazio tewas 2-1 di tangan pasukan yang di ambang penyingkiran, Lecce.

Ronaldo menjadi pemain pertama yang menjaringkan 25 gol dalam Serie A untuk Juventus sejak 1961.

Namun malam semalam jelas milik AC Milan. Ini kali pertama Milan bangkit daripada ketinggalan lebih satu gol dan menang ke atas Juventus dalam sejarah 212 pertemuan mereka.

AC Milan kini menduduki tangga kelima dalam carta liga.

Namun terdapat satu momen di dalam perlawanan ini yang menjadi tular di media sosial. Di mana penjaga gol Juventus, Szczesny telah memaki Rebic.

Szczesny memberitahu Rebic: “Pasukan kau sedang kalah [ketinggalan] 2-0. Kau jangan nak poyo.”

Agak malang buat Szczesny apabila pasukannya yang kalah pada wisel penamat.

Lebih pedih buat Szczesny kerana Rebic turut menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang