Szoboszlai Hanya Ketawa Kecil Lihat Neymar Cuba Psiko Dia Ambil Penalti

Neymar cuba sedaya upaya untuk mengganggu mental Dominik Szoboszlai apabila RB Leipzig dianugerahkan penalti lewat yang dramatik menentang Paris Saint-Germain pada petang Rabu lalu.

PSG berada di landasan terbaik untuk memastikan 3 mata milik mereka sekali lagi. Tetapi Szoboszlai diberi peluang untuk menyamakan kedudukan berikutan kegopohan Presnel Kimpembe.

Pengadil Sweden, Andreas Ekberg menunjukkan ke arah titik penalti dan tanggungjawab untuk menyelamatkan satu mata untuk tuan rumah diletakkan di atas bahu Szoboszlai.

Namun, sebelum pemain tengah berusia 21 tahun itu mengambil penalti, dia didatangai oleh Neymar yang cuba mengajingnya.

Superstar Brazil itu cuba masu mengganggu ‘kepala’ lawannya dengan bertanya ‘kau akan skor ke?’.

Szoboszlai menjawab: ‘Ya’.

Szoboszlai, menyatakan Neymar bercakap beberapa lagi ayat namun dia tak ambik pusing.

Neymar kemudian tak berpuas hati dan cuba lagi dengan berkata: ‘Kau pasti ke kau skor?’

Szoboszlai menjawab: ‘Aku tak pernah gagal ‘.

Neymar kemudian berkata: ‘Good luck la.”

Pemain antarabangsa Hungary itu kemudiannya menjaringkan gol melepasi penjaga gol PSG Gianluigi Donnarumma untuk memastikan pasukan meraih mata pertama Liga Juara-Juara peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Sebenarnya, pemain yang cuba di-psiko oleh Neymar itu memiliki rekod 10 gol daripada 10 penalti yang beliau ambil sebelum itu. Dan kini menjadikannya angka 11 daripada 11.

Ia adalah detik pahit untuk ditelan bos PSG, Mauricio Pochettino, yang pasukannya menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A, ketika ini, satu mata di belakang Manchester City.

PSG tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan. Namun masih mempunyai Kylian Mbappe, Angel Di Maria dan Neymar di dalam pasukannya. Jadi tiada alasan untuk mereka tidak menang.

PSG ketinggalan 1-0 pada minit kelapan apabila Christopher Nkunku menewaskan Donnarumma.

Georginio Wijnaldum kemudian menjaringkan dua gol untuk meletakkan pasukan pelawat mendahului 2-1 pada separuh masa.

Tetapi PSG telah diikat sekali lagi kembali pada masa kecederaan sebelum tamat, apabila Szoboszlai fokus kepada tugasannya.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.