Tak Mahu Vinicius Dikebas Newcastle, Real Selitkan Klausa Pelepasan €1.1B Pada Kontrak Baharu

Real Madrid sudah sedia untuk menawarkan Vinicius Junior dengan kontrak baharu yang dilaporkan bakal diselitkan klausa €1.1 billion.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menunjukkan prestasi luar biasa di bawah kendalian Ancelotti. Menjarinhkan 9 gol daripada 16 penampilan. Dan kelihatan sudah sukar untuk dicabar mana mana pemain di posisinya.

Ancelotti sebelum ini malah menyatakan bahawa Eden Hazard harus menerima hakikat bahawa pengurus beliau sekarang ada pilihan lain di posisi sayap kiri yang menjadi posisi kegemaran Hazard.

Vinicius Jr menyertai Real Madrid pada 2018. Di mana ketika itu Real Madrid membeli beliau dengan nilai €40 juta. Satu angka yang agak besar untuk pemain muda Brazil yang tidak ternama.

Kontrak semasa Vinicius akan berakhir pada 2025. Dan Real Madrid sudah bersedia mengambil langkah awal untuk melanjutkannya.

Sebelum ini Real Madrid memang sudah menyenaraikan nama Vinicius sebagai pemain yang tidak akan dilepaskan.

Vinicius dan Rodrygo dianggap sebagai masa depan kelab. Terutama sekali selepas pemain pemain seperti Eden Hazard dan Gareth Bale terus gagal meyakinkan Ancelotti ketika ini.

Real Madrid tidak mahu kelab lain cuba memancing pemain mereka. Lantas mereka mahu menyelitkan klausa pelepasan yang tidak masuk akal bagi sesetengah orang. Walaupun sebenarnya sudah ada beberapa pemain di Real Madrid mahupun Barcelona memiliki klausa pelepasan yang sangat tinggi.

Jika Vinicius setuju dengan syarat itu, ia akan menjadikan beliau sebagai pemain dengan klausa pelepasan paling tinggi dalam bola sepak.

Selain itu, Real Madrid turut sedia menawarkan gaji tahap bintang untuk Vinicius.

Buat masa ini, Vinicius dilihat sangat selesa di Real Madrid, seharusnya tiada masalah langsung dari segi kontrak baharu tersebut.

Namun begitu, PSG dan Newcastle dikatakan antara dua kelab yang mahukan Vinicius.

Newcastle yang baru mendapat dana daripada PIF Saudi. Sudah bersedia untuk memburu bintang bintang bola sepak dunia terutama sekali pemain muda seperti Vinicius.

Newcastle memiliki kekuatan dana yang sangat besar dan boleh menawarkan Vinicius gaji yang tinggi. Serta boleh menjanjikan pemain itu sebagai pemain bintang kelab mereka.

Pedri dan Benzema ketika ini jadi pemain dengan klausa pelepasan tertinggi

Bintang masa depan Barcelona dan Sepanyol, Pedri setuju dengan kontrak baharu jangka panjang bersama Barcelona pada musim panas lalu.

Dan beliau kini menjadi pemain dengan klausa pelepasan tertinggi dunia.

Pedri cemerlang bersama dengan Sepanyol dalam Euro yang lalu dan mennadi pemain penting untuk Barca musim ini.

Beliau kini memiliki klausa pelepasan €1bn. Pemain berusia 18 tahun itu setuju untuk kekal sehingga 2026.

Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan melihat klausa pelepasan tidak masuk akal melibatkan Barcelona dan Real Madrid di Sepanyol.

Sebelum ini Benzema menjadi pemain pertama dengan klausa pelepasan €1bn.

Seterusnya, dalam senarai 5 teratas klausa pelepasan paling tinggi, ianya dikuasai oleh pemain pemain Real Madrid dan Barcelona.

Pedrid dan Benzema paling tinggi dengan €1bn. Seterusnya, David Alaba yang baru menyertai Real Madrid secara percuma, memiliki klausa pelepasan €850 juta.

Di tempat ketiga adalah Griezmann, yang masih milik Barcelona ketika ini, dengan €800 juta.

Fede Valverde, Luka Modric dan Brahim Diaz masing masing dengan €750 juta.

Sementara di tangga kelima adalah dikongsi oleh 3 pemain Real Madrid iaitu, Isco, Asensio dan Vinicius Jr dengan €700 juta.

Berita ini pastinya menggembirakan peminat peminat Barca. Ini kerana Pedri dengan cepat menjadi figura kesayangan di Nou Camp.

Pedri malah dikatakan jelmaan Iniesta oleh peminat peminat Barca. Beliau memiliki kecerdasan dan kecergasan yang luar biasa di atas padang.

Pedri menyertai Barcelona daripada akademi Las Palmas pada Ogos 2020. Dan terus menstabilkan dirinya sebagai pemain utama kelab. Bermain 53 perlawanan musim lalu, menjadikan beliau sebagai pemai paling banyak perlawanan dalam semusim.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai