Tan Cheng Hoe Umum Skuad Piala AFF 2020, De Paula Ketuai Senarai Penyerang

FAM sebentar tadi mengesahkan senarai 28 pemain dan senarai menunggu, bagi skuad yang akan menghadapi Piala AFF 2020. Kejohanan ini masih digelar sebagai Piala AFF 2020 kerana sebelum ini ditunda akibat pandemik.

Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 22 November 2021 bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan TM Piala Malaysia 2021, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 22 November 2021.

Ia kemudian bakal disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 untuk melapor diri pada Ahad, 28 November 2021.

Seterusnya, pemain yang pasukannya layak ke Final TM Piala Malaysia 2021 pada Selasa, 30 November 2021 akan melapor diri pada Rabu, 1 Disember 2021.

Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.

Cheng Hoe hanya akan menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke Piala Suzuki AFF 2020 yang mana skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada Jumaat, 3 Disember 2021.

Berikut jadual perlawanan Kumpulan B yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya:

Isnin, 6 Disember 2021

KEMBOJA lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

Khamis, 9 Disember 2021

MALAYSIA lwn LAOS di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang

Ahad, 12 Disember 2021

VIETNAM lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 8.30 malam

Ahad, 19 Disember 2021

MALAYSIA lwn INDONESIA di Stadium Nasional, Singapura, 8.30 malam

SEPARUH AKHIR: 22 & 23 Disember 2021 dan 25 & 26 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapur

FINAL: 29 Disember 2021 dan 1 Januari 2021 di Stadium Nasional, Singapura

* Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 17 November 2021

Baca yang lain