Ten Hag Sahkan CR7 Tak Nak Masuk, Adakah Dia Bakal Terima Nasib Seperti Younes?

Erik Ten Hag akhirnya membuka suara dari pihaknya tentang laporan bahawa sebenarnya Cristiano Ronaldo yang menolak untuk masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Spurs.

Sebelum ini Ronaldo beredar terus masuk ke terowong Old Trafford. Ketika itu media dan pundit merasakan Ronaldo kecewa kerana dia tak dimasukkan sebaliknya pemain lain. Ini selepas Ronaldo dilihat terus memanaskan badan ketika rakan rakannya terus beraksi.

Namun pemain itu membuat kontroversi apabila dia terus beredar. Dilaporkan Ronaldo turut meninggalkan Old Trafford lebih awal berbanding pemain lain.

Perkara itu membuatkan Ten Hag ketika itu berjanji akan bersemuka dengan Ronaldo untuk menguruskan perkara itu.

Dan Ten Hag benar benar mengambil tindakan tegas ke atas pemain itu.

Ten Hag berkata: “Ya, Cristiano Ronaldo menolak untuk masuk ketika menentang Tottenham.”

“Akan ada akibat daripada perbuatan dia. Ianya sangat penting untuk kelakuan dan mentaliti sebagai sebuah pasukan.”

Ten Hag telah mengenakan tindakan tegas kepada Ronaldo dengan menggantung tugas pemain itu daripada aksi berdepan dengan Chelsea. Di mana ia menyaksikan Ronaldo terlepas satu lagi aksi big six.

Ditanya sama ada Ronaldo mungkin akan terus disisihkan selepas perbuatannya itu.

Hal ini kerana sudah banyak laporan media menyatakan bahawa Ronaldo mungkin bakal menanggung akibat yang sama dengan bekas pemain Ajax, Amin Youness yang enggan  masuk sebagai pemain gantian.

Kesannya, pemain itu tidak lagi bermain sebarang perlawanan untuk Ajax ketika itu dan kemudian dilepaskan ke Napoli.

Ten Hag pula menjelaskan, dia masih berharap kepada Ronaldo. Kenyataan yang sama dia katakan pada pra musim lalu.

“Saya meletakkan kepercayaan kepada Cristiano Ronaldo untuk sepanjang musim ini.”

“Dia akan disisihkan daripada perlawanan ini [menentang Chelsea]. Saya terbuka untuk itu dan bagi saya itu adalah satu mogok.”

“Cristiano kekal menjadi sebahagian daripada skuad ini dan saya masih berharap kepadanya.”

“Ianya akan memberikan cerminan kepada dirinya, dan juga kepada semua pemain lain.”

“Kali pertama dengan Rayo [pada pra musim] adalah tidak dapat diterima. Namun ketika itu bukan dia seorang.”

“Kali kedua pasti ada akibat yang dia harus tanggung. Bola sepak adalah sukan berpasukan dan kamu harus menghormati standard itu.”

Berbalik kepada insiden Ronaldo, pemain tersebut sudah menyatakan penyesalannya di atas tindakannya.

Dan dia menyatakan kali ini dia gagal menunjukkan tauladan yang baik kepada pemain pemain muda.

Namun Ronaldo kekal optimis untuk terus cuba menjadi contoh terbaik kepada pemain pemain muda dan komited dengan bola sepak terutama sekali untuk Manchester United.

Daripada kenyataannya itu, Ronaldo menerima hukumannya dengan hati terbuka.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi