Ten Hag Terus Terang Cakap Maguire Lebih Bagus Daripada Varane Ketika Ini

Erik Ten Hag menyatakan bahawa memilih Maguire beraksi berbanding Varane dalam beberapa perlawanan terakhir kerana bekas kapten Man United memiliki prestasi lebih baik pada masa ini.

Varane dikatakn tidak gembira dengan kedudukannya dalam skuad United pada masa ini. Di mana dia tidak berada dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan terakhir.

Sedangkan dia sudah kembali cergas sepenuhnya. Laporan menyebut Varane sudah bersemuka sendiri dengan Erik Ten Hag untuk meminta kepastian dan meluahkan kekecewaannya.

Ten Hag turut diajukan soalan tentang pemilihan pemain pertahanan dalam pasukan utamanya. Di mana pada masa ini Jonny Evans dan Harry Maguire merupakan pilihan utama.

Ten Hag menafikan dia pilih kasih dalam pemilihan pemain. Sebaliknya memilih pemain yang beraksi atas alasan taktikal semata mata.

“Tiada masalah, tiada isu pun dengan Varane. Ianya atas alasan taktikal, itulah sebab saya memilih gandingan ini. Tahun lepas Varane bermain dan Maguire di bangku simpanan. Pada masa ini, Harry bermain sangat bagus dan ada persaingan secara dalaman di dalam pasukan.”

Dalam aksi terakhir Man United menentang FC Copenhagen, Varane digunakan sebagai pemain gantian. Dan ketika dia masuk, dia menunjukkan aksi yang agak kurang memuaskan. Dan melakukan beberapa kesilapan terutama sekali yang mencetuskan gol lawan untuk bangkit ke atas mereka walaupun sudah mendahului 2-0.

Harry Maguire sudah menunjukkan peningkatan mendadak pada musim ini di bawah Ten Hag walaupun musim lalu dia gagal mendapat tempat. Malah dilucutkan jawatan kapten kerana Ten Hag mahukan kapten yang bermain secara konsisten dalam kesebelasan utama.

Kini Maguire berada di hadapan dalam persaingan untuk bek tengah. Kepulangan semula Lisandro Martinez kelak akan menjadi menarik. Kerana Maguire boleh merampas tempat untuk bergandingan dengan pemain Argentina itu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah