Tension Koronavirus, Ucapan Selamat Pagi Fabregas Dibalas F***K You Oleh Jirannya

Cesc Fabregas menjalani pengasingan sendiri di rumahnya. Beliau kini sudah 4 hari menjalani prosedur tersebut.

Fabregas meniru gaya Eddie Murphy di dalam filem Coming To America.

Fabregas yang kebosanan, telah pergi ke anjung rumahnya dan menjerit: “Selamat pagi jiranku!!!!”

Akibat semua tengah tension kerana koronavirus, terus dia kena f*ck dengan jirannya.

Jirannya menjerit: “F*ck Youu!”

Fabregas membalas balik: “F*ck You too!”

Dia bergurau dan memuat naik status di Twitter menggambarkan lain macam tension dia sekarang ni. Ucap selamat pagi pun terus kena carut.

Fabregas berkata: “Hari keempat isolasi, dan prang di sini lain macam dia punya tension,” diikuti emoji ketawa.

Koronavirus ni memang buat ramai tension. Mana taknya, ada banyak tekanan yang dihadapi. Jadi beringatlah korang kalau nak bermesra dengan jiran dari jauh, tingkap ke tingkap tu. Jangan jadi macam Fabregas.

Bukan hari Cesc

Memang malang nasib Cesc ni. Selain daripada kena kuarantin. Beliau juga menceritakan minggu lalu, bahawa beliau pernah tewas pertaruhan dengan Willy Caballero.

Akibatnya, Fabregas terpaksa menghadiahkan sebuah Range Rover kepada penjaga gol tersebut selepas kalah dalam melakukan taruhan.

Kejadian berlaku ketika Fabregas masih lagi di Chelsea. Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu berkongsi kisah tersebut dalam beberapa siri ciapan di Twitter.

Kisah itu sebelum ini pernah disiarkan di akhbar, tetapi pemain berusia 32 tahun itu mahu menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di sebalik pusat latihan Chelsea yang menjurus kepada Range Rover itu.

“Maka, selepas ada pemain mendedahkan kepada akhbar mengenai apa yang berlaku pada satu hari pada tahun 2018, ramai yang bertanya jika ianya benar.”

“Begini kisahnya. Untuk bertahun lamanya selepas latihan, saya akan kekal lebih lama di atas padang untuk berlatih sepakan penalti.”

“Saya selalu melakukan pertaruhan kepada penjaga gol yang membantu supaya cabaran tersebut tampak lebih sukar.”

“Entah apa yang berlaku hari tu. Saya tidak pernah miss pun sepakan. Satu hari mungkin kerana saya terlalu yakin, saya membuat pertaruhan, dan boleh pula ianya tidak akan masuk.”

“Kali ini ia adalah giliran Willy Caballero dan saya beritahu jika beliau berjaya menyelamatkan sepakan, saya akan hadiahkan sebuah Range Rover.”

“Malangnya bagi saya, beliau menyelamatkan sepakan yang saya lakukan di hadapan rakan sepasukan yang lain, dan anda boleh bayangkan reaksi mereka.

“Saya sendiri berasa daripada tahap keyakinan tertinggi menjadi seperti orang paling bodoh di dunia.

“Semua orang menjerit dan ketawa dan saya perlu melunaskan hutang saya itu.

“Maka saya pegi ke tempat kereta potong dan terjumpa sebuah Range Rover yang sudah tidak boleh digunakan pada harga £950. Saya terus mendapatkannya.”

“Hari berikutnya mereka membawa kereta tersebut ke pusat latihan dan….anda saksikan sahaja video.”

“Pengajaran dariapada kisah ini adalah: jangan sekali-kali berani melakukan pertaruhan.”

Baca yang lain