Terbuka Malaysia: Lihat Taufiq Hidayat, Chong Wei, Peter Gade, Yong Dae Dalam Satu Pasukan

Peminat badminton di Axiata Arena, yang hadir menyaksikan Terbuka Malaysia pada hari ini telah dihiburkan dengan perlawanan pertunjukan melibatkan legenda badminton.

3 daripada anggota yang digelar the big four satu ketika dahulu, beraksi di dalam gelanggang yang sama, dalam pasukan yang sama.

Big Four merujuk kepada Taufiq Hidayat, Lin Dan, Peter Gade dan Lee Chong Wei. Cuma Lin Dan je tak ada dan tidak dapat hadir. Namun legenda Korea Selatan, Lee Young Dae tetap berada bersama dengan barisan ini.

Acara ini merupakan acara khas Yonex yang digelar The Legendsโ€™ Vision.

ย 

4 legenda badminton tersebut dengan rendah diri masuk ke gelanggang untuk menghiburkan para penonton.

Mereka menentang penonton yang terpilih dan kemudian pemain kebangsaan Malaysia iaitu M. Thinaah, Pearly Tan, Ng Tze Yong dan juga Muhammad Shaqeem Eiman.

Aksi mereka disambut dengan sorakan gegak gempita di Axiata Arena. Ianya pengalaman sekali dalam seumur hidup untuk melihat Lee Chong Wei, Taufiq Hidayat, Yong Dae dan juga Peter Gade beraksi dalam satu gelanggang yang sama. Dan lebih indah, dalam satu pasukan yang sama.

David Loh berkata: โ€œSaya penghargaan untuk berkongsi bumbung yang sama dengan 4 legenda badminton ini di Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Kuala Lumpur. Legenda Yonex, Lee Chong Wei, Taufik Hidayat Peter Gade dan Lee Yong Dae.โ€

Lee Yong Dae yang pernah digelar oppa di gelanggang badminton, sempat memberikan mini love kepada para peminatnya.

Selain itu Lee Chong Wei turut mengadakan perlawanan pertunjukan khas dengan pasukan M. Thinaah.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi