TERKINI: DFB Siasat Keraian Sancho & Beberapa Pemain Yang Bersolidariti Untuk George Floyd

Dalam perlawanan hujung minggu lalu dan semalam, beberapa pemain di Bundesliga telah meraikan gol degan memberikan tribut kepada George Floyd.

Seorang warga Amerika Syarikat berkulit hitam yang meninggal dunia kerana tindakan kejam seorang pegawai polis.

4 pemain akan disiasat oleh DFB berkaitan dengan keraian mereka. Pemain tersebut ialah Jadon Sancho, Marcus Thuram, Weston McKennie dan Achraf Hakimi.

Sancho meraikan gol pertamanya dengan mesej pada bajunya tertulis “justice for George Floyd”. Sancho dilayangkan kad kuning untuk keraian itu.

Sancho menjaringkan hatrik dalam aksi kemenangan 6-1 ke atas Paderborn. Seorang lagi rakannya, Achraf Hakimi turut meraikan gol beliau dengan tribute yang sama.

Di gelanggan lain Marcus Thuram telah berlutut tanda protes ke atas kekejaman kepada George Floyd. Sementara dalam aksi sehari lebih awal, bintang muda Amerika Syarikat McKennie memakai lilitan lengan bertulis “justice for George Floyd”

Kematian George Floyd membuatkan protes besar besaran dilakukan di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat termasuk di depan White House.

Pengerusi Badan Kawalan DFB, Anton Nachreiner mengesahkan kesemua tribute itu akan disiasat oleh mereka.

Beliau berkata: “Badan kawalan DFB akan melihat dan menangani masalah ini dalam beberapa hari akan datan dan meneliti situasi kes ini.”

Menurut peraturan DFB, kelakuan tersebut adalah dilarang.

Sancho – yang meraikan hatrik pertama kariernya menganggap ia “saat yang paling manis”. Menjaringkan hatrik pada hari yang sama beliau menunjukkan sokongan kepada George Floyd.

Sementara itu, jurulatih Gladbach, Marco Rose memuji tindakan Thuram ketika meraikan gol, sambil menegaskan bahawa pemain Perancis itu “memberikan contoh terbaik menentang perkauman”.

FIFA yang awalnya telah memuat naik tweet statistik Sancho kemudian memadam balik tweet itu kerana ada paparan mesej solidariti pada baju pemain tersebut.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai