TERKINI: KKM Sahkan Kematian Keempat, 153 Kes Baharu, Total 1,183 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kematian keempat pesakit Koronavirus pada 21 Mac 2020.

Hebahan maklumat tersebut dibuat menerusi media sosial KKM Putrajaya.

“Dukacitanya, sudah ada empat kematian daripada 238 kes. Seorang warga emas – warga tempatan – berusia 50, yang menjadi sebahagian daripada jemaah tabligh telah meninggal dunia.”

“Pesakit dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac. Dan disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi har ini [Sabtu – 21 Mac 2020].”

Ini merupakan berita yang sangat menyedihkan buat rakyat Malaysia. Kita kehilangan satu lagi nyawa kerana Covid-19.

Selain itu, KKM turut mengemaskini perkembangan semasa di mana sehingga 4.09 petang tadi terdapat 37 kes positif covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dan 23 daripadanya memerlukan ventilasi.

Ketika ini terdapat 153 kes positif baharu direkodkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,183 kes di negara kita buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa tersebut disahkan meninggal dunia jam 1.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Beliau mengesahkan pesakit ke-238 adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Mangsa dimasukkan ke hospital pada 12 Mac selepas mengalami komplikasi pernafasan kerana jangkitan / Severe Acute Respiratory Infection.

Dipetik daripada Harian Metro, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata: “Mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di ICU. ”

“Kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.”

Beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak 90 daripada kes baharu pada hari ini adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh.

Selain itu, KKM turut mengesahkan 19 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lima petugas daripada fasiliti kesihatan swasta disahkan dijangkiti Covid-19.

“Dua daripadanya kini dirawat di ICU. Punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan itu bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka semasa mengendalikan kes di peringkat fasiliti masing-masing.”

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mereka adalah kontak rapat generasi pertama dan kedua membabitkan kluster jemaah tabligh,” katanya lagi.

Koronavirus terus mengancam kesihatan dan nyawa rakyat Malaysia dan juga dunia.

Oleh itu, bersama-samalah kita memastikan setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing dalam mengekang wabak ini.

Pastikan korang tak berada di tempat yang sesak ataupun berhimpun.

Kerajaan sudah mengenakan perintah kawalan pergerakan. Ikut arahan! Kerana ia untuk menjarakkan kita semua dari satu sama lain.

Semalam Kerajaan Malaysia turut mengesahkan akan mendapatkan bantuan tentera untuk mengawal keadaan. Namun ia bukan darurat. Jangan salah faham.

Tentera Bantu PDRM Kawal Pergerakan Rakyat Yang Degil Dengan MCO

Dan semoga kita semua dapat bersatu menentang Covid-19.

Baca juga:

TERKINI: Singapura Umum 2 Kematian Pertama Kerana Covid-19

Covid-19: Itali Catat 627 Kematian Dalam Masa Sehari

Sumber: KKM / Harian Metro

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di