TERKINI: Kontrak Messi Bernilai €555.2 Juta (RM2.73B), Bonus €77.9 Juta (RM382J) Dapat Jun ini

El Mundo mendedahkan jumlah bayaran diterima Messi untuk kontrak yang ditandatangainya pada 2017 – berdurasi 4 tahun yang akan berakhir pada Jun ini.

Secara keseluruhan, Messi menerima €555,237,619 selama 4 tahun di Barcelona. Itu bersamaan dengan sekitar RM2.73 billion.

Setiap musim kapten legenda Barcelona, Lionel Messi menerima €138 juta daripada gaji tetap dan bonus lain.

Manakala €115 juta adalah bayaran yang diterima Messi sebaik sahaja beliau menurunkan tandatangan ke atas kertas kontraknya pada 2017 sebagai bonus pembaharuan kontrak.

Secara relevannya, Barcelona tidak perlu membeli pemain lain dan hanya perlu membayar €115 juta terus kepada Messi dan agensinya.

Messi sebelum ini mahu pergi meninggalkan Barcelona. Dan jika itu berlaku Barcelona boleh menjimatkan sekitar €78 juta untuk bonus kesetiaan.

Bonus ini hanya akan keluar jika Messi menghabiskan kontraknya di Barcelona. Ini bermakna pada Jun ini, Messi akan menerima bonus kesetiaan bernilai €77,929,955.

Jadi secara terkumpulnya, sehingga Jun ini Leo Messi akan menerima wang terkumpul sebanyak  €555,237,619. Angka itu akan kurang sedikit pada gaji beliau kerana Messi menerima pemotongan gaji. Namun di Barcelona pemotongan gaji hanya dapat dilaksanakan pada November. Berdasarkan gaji Messi yang sangat tinggi, rasa tak luak sangat pun kan?

Pendedahan ini menjadikan Lionel Messi sebagai pemain dengan kontrak paling tinggi dalam sejarah bola sepak.

Messi sememenangnya legenda Barcelona yang sangat berpengaruh. Di mana purata 70% daripada penjualan jersi Barca setiap musim adalah dicetak nama Messi.

Kedudukan kewangan Barcelona ketika ini sangat kritikal. Dan mereka tidak dapat membayar gaji Messi untuk Januari pada musim ini.

Barca malah diancam muflis dengan bebanan hutang kasar yang lebih €1.2 billion.

Koresponden sukan terkemuka Guillem Balague menepis dakwaan yang mengaitkan Messi sebagai punca kenapa Barcelona berisiko muflis. Sebaliknya berpendapat, ianya berlaku kerana pengurusan yang teruk.

Barcelona berbelanja sehingga tak ingat dunia dalam membeli pemain dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan beberapa nama besar itu gagal memberikan impak lebih baik di atas padang.

Messi sudah menjaringkan gol yang sangat banyak untuk Barcelona sejak menyertai mereka.

Pada Disember lalu Messi memecahkan rekod Pele sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab.


Ayuh mulakan sedikit kira kira:

4 tahun Messi dapat €555.2 juta

Setahun Messi dapat €138.8 juta

Sebulan Messi dapat €11.56 juta

Seminggu Messi dapat €2.89 juta

Sehari Messi dapat €532.9k

Sejam Messi dapat €66.73k

Seminit Messi dapat €11,12K

Sesaat Messi dapat €185.2

Ataupun tukaran kepada Ringgit Malaysia

4 tahun Messi dapat RM2.73 billion

Setahun Messi dapat RM681 juta

Sebulan Messi dapat RM56.75 juta

Seminggu Messi dapat RM13.10 juta

Sehari Messi dapat RM2.6 juta

Sejam Messi dapat RM43.3k

Seminit Messi dapat RM7,216.20

Sesaat Messi dapat RM120.25

Purata manusia bernafas dalam seminit adalah 12 hembusan nafas. Jadi untuk setiap kali Messi menarik dan menghembus nafasnya dia mendapat RM601.

Jika kita termenung selama seminit kerana membaca pendapatan luar biasa Messi, dan pada masa yang sama, jika Messi ketika ini pun sedang termenung seminit di bilik mandi, Messi sudah menjana RM7,216.20.

Dari atas ke bawah, kita membaca artikel ini dalam masa 5 minit. Bermakna, jika anda adalah Lionel Messi, anda baru sahaja menjana RM28,864 walaupun belum turun ke pusat latihan / pejabat sekalipun.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu