Tewas Di Tangan West Ham, Ten Hag Masih Bangga Pencapaian Ikat Liverpool Di Anfield

Erik Ten Hag menyeru agar semua orang di Man United kekal bersatu padau selepas satu lagi kekalahan dialami United musim ini. Kali ini tewas 2-0 di tangan West Ham United.

Pasukan Ten Hag yang kecewa dengannjaringan Jarrod Bowen dan Mohammed Kudus pada separuh masa kedua di Stadium London, kini hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir.

Mereka gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama sejak 1992 dan telah tewas sekurang-kurangnya 13 kali dalam semua pertandingan sebelum Krismas buat kali pertama sejak 1930.

Di tengah-tengah laporan baru-baru ini bahawa pemain United telah hilang kepercayaan terhadap Ten Hag kerana personaliti garis keras pengurus mereka, jurulatih Belanda itu menggesa skuadnya untuk kekal bersatu ketika krisis semakin memuncak.

Ten Hag berkata, pasukannya cukup bagus untuk bersaing dengan pasukan lain seperti Man City, Arsenal atau Liverpool. Cuma malangnya mereka berdepan dengan krisis kecederaan yang memberikan impak kepada prestasi pasukan mereka.

“Pada 2023, kami memenangi Piala, kami bermain perlawanan akhir Piala FA, kami berada di tangga ketiga dalam liga.”

“Ada perkara yang dapat digariskan tetapi kami berprestasi lebih daripada jangkaan, tetapi pada masa ini kami berprestasi di bawah prestasi sebenar kami.”

“Ada sebabnya, kami mempunyai banyak kecederaan, jadi pasukan akan menjadi lebih baik jika mereka yang cedera kembali. Kita perlu bertenang, berpegang teguh, berpegang pada rancangan, kita perlu melakukannya bersama-sama.”

Man United berada di tempat kelapan dalam Liga Perdana Inggeris, setelah tersingkir dari Eropah selepas menduduki tangga terbawah kumpulan Liga Juara-Juara mereka. Gagal ke UEL sekalipun.

Mereka juga telah disingkirkan daripada Piala Liga selepas memenanginya musim lalu dan tekanan kepada Ten Hag musim ini agak tinggi. Terutama sekali selepas dia memutuskan untuk menyingkirkan Ronaldo pada separuh kedua musim lalu dan musim ini tidak sehaluan dengan Jadon Sancho.

Bekas bos Ajax itu mengakui United membayar harga kerana gagal memanfaatkan peluang mereka, dengan Alejandro Garnacho gagal menyempurnakan peluang gol terhidang depan matanya.

“Saya fikir ia adalah 72 minit yang baik di mana kami tidak memanfaatkan peluang kami. Kami sepatutnya mendahului tetapi tidak dan kemudian ia adalah satu saat untuk dimatikan,” katanya.

“Dia (Alejandro Garnacho) dalam kedudukan satu lawan satu dengan penjaga gol dan dia boleh mendapat gol tetapi  gagal melakukannya.”

Walaupun kalah di tangan West Ham, Ten Hag masih terbuai dengan prestasi pasukannya ketika mengikat Liverpool di Anfield. Dia menambah: “Pada masa ini kami tidak berada di kemuncak prestasi, tetapi kami telah melihat minggu lalu menentang Liverpool kami saling bersaing. Kami tidak menjaringkan gol, kami mempunyai peluang terbaik dalam perlawanan,” kata Ten Hag.

“Di sana kami bertahan dengan sangat baik selama 90 minit. Itu mesti sentiasa menjadi standard kami seperti apa yang kami lakukan di sana. Anda perlu membawanya ke setiap perlawanan di atas padang.”

Sebelum aksi menentang West Ham, Ten Hag turut menyebut tentang rasa bangganya ke atas pasukannya ketika membawa pulang 1 mata dari Anfield minggu sebelumnya.

Ten Hag berkata: “Kita harus pergi dari satu perlawanan ke satu perlawanan, namun ini minggu yang besar. Ini adalah momen untuk kami. Kami bermain dengan sangat baik di Liverpool, dan kami mahu membina pasukan.”

Baca yang lain