Thailand Juara Kali Keenam Dengan Agregat 6-2, Indonesia Hampir Juara Kali Keenam

Aksi final kedua menjadi medan penentu sebenar untuk melihat siapakah juara Piala AFF 2020. Dengan Indonesia cuba mencipta keajaiban mengejar defisit 4 gol daripada final yang pertama.

Shin Tae Yong sebelum ini sudah menyatakan bahawa fokus mereka hanyalah perlawanan ini tanpa perlu terlalu memikirkan kekalahan daripada perlawanan pertama.

STY menegaskan bahawa Indonesia memfokuskan hal kecergasan pemain sebelum final kedua.

Indonesia sudah mencuba untuk bangkit dalam aksi kedua di Stadium Kebangsaan Singapura.  Menjaringkan gol seawal minit pertama lagi.

Mengatasi Thailand dalam banyak aspek permainan pada separuh masa pertama.

Indonesia menutup separuh masa pertama dengan bunga bunga harapan untuk remontada di Singapura.

Ricky Kambuaya menjadikan kedudukan 1-0 dengan rembatan leret deras yang gagal ditampan dengan lebih baik oleh Siwarak.

Kredit juga kepada Ramai Rumakiek yang melakukan larian progresif yang sangat bertenaga dan berkuasa.

Indonesia seolah olah bermain seperti Thailand pada final pertama. Lebih fluid dan lebih berkeinginan tinggi. Mereka lebih yakin dalam pressing dan juga hantaran kombinasi.

Malang sekali pemain pemain mereka tidak cukup tajam di final third untuk menambah gol. Nadeo Winata terus menjadi kubu kebal Indonesia.

Boleh dikatakan, Indonesia adalah pasukan yang beprestasi juara pada separuh masa pertama.

Namun itu masih belum cukup. Apabila Thailand membuat perubahan pada separuh masa kedua.

Pemain gantian, Adisak Kraisorn terus menyamakan kedudukan pada minit ke-54, selepas melakukan susulan daripada keadaan kucar kacir dalam kotak penalti.

Bordin Phala melakukan rembatan deras yang ditepis oleh Nadeo. Malangnya tiada pemain Indonesia yang memenangi bola kedua dan Adisak merembat dengan baik sekali.

Cuma dua minit diperlukan Thailand untuk mendapatkan gol kedua mereka menerusi Sarach Yooyen yang menewaska Nadeo Winata.

Dalam kedudukan 2-1, Indonesia memerlukan sekurang kurangnya 5 gol untuk mengikat Thailand secara agregat.

Gol tersebut benar benar meletakkan Thailand sudah berada di podium.

Penyokong Indonesia kembali bergema dengan sorakan. Kali ini mereka meraikan gol oleh Egy Maulana yang meleretkan bola deras secara menyilang.

Gol itu mengurangkan lagi agregat kepada 2-6 untuk Indonesia.

Pada masa kecederaan, Ricky Kambuaya meminta sepakan penalti. Namun pengadil tidak melaan permintaan tersebut.

Tamat perlawanan Thailand  dan Indonesia terikat 2-2. Thailand menang secara agregat 6-2. Untuk merangkul kejuaraan AFF yang keenam. Ini juga pingat naib juara keenam buat Indonesia dalam sejarah Piala AFF.

Menambah penantian mereka untuk setahun lagi dalam sejarah bola sepak Garuda.

Bukan itu sahaja, Indonesia – dalam proses mereka menjadi naib juara enam kali – empat kali daripadanya adalah kerana tewas di tangan Thailand di final.

Namun kempen Indonesia kali ini boleh dikira cemerlang dengan mengambil kira pemain pemain mereka rata rata pemain muda.

Mereka cemerlang dalam peringkat kumpulan termasuk mengikat Vietnam dan membedil musuh tradisi mereka, Malaysia.

Cuma satu satunya aksi yang kurang memuaskan untuk Indonesia adalah aksi final pertama. Di mana mereka kalah 4-0, dalam malam yang serba tak menjadi dan melihat aksi Supachok dan Chanathip berlari ke sana sini sesuka hati mereka.

Shin Tae Yong pada masa yang sama sudah memberikan ikrar mahu terus kekal dan meneruskan projek bola sepaknya di Indonesia.

Thailand terus menjadi KING sebenar ASEAN ataupun RAJA bola sepak sebenar Asia Tenggara.

Tiada pasukan lain dari kalangan negara Asia Tenggara yang memenangi Piala AFF Suzuki lebih banyak dari mereka.

Mara 9 kali ke final dan memenagi 6 daripadanya. Hanya 3 kali mereka bergelar naib juara. Menjadikan ratio kejuaraan mereka setiap kali ke final adalah 67%.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah