Tiada Lagi Sistem Penggiliran, Galtier Pilih Donnarumma Berbanding Navas

Pengurus baharu Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier, sudah membayangkan bahawa tiada lagi penggiliran penjaga gol untuk PSG pada musim hadapan.

Dan dia sudah memilih bahawa Gianluigi Donnarumma akan menjadi penjaga gol no.1 berbanding Keylor Navas.

PSG baru sahaja mengumumkan Christophe Galtier selepas pemecatan Mauricio Pochettino.

Jurulatih asal Perancis itu sebelum ini melatih sebuah lagi kelab Perancis, Nice.

Kehadiran Galtier ke PSG sudah dijangka sejak bulan lalu lagi. Ini apabila PSG sedia melantik Luis Campos sebagai Pengarah Sukan Baharu kelab pada masa itu menggantikan Leonardo.

Kylian Mbappe antara individu memainkan peranan penting dalam mencadangkan nama Campos kepada presiden kelab, Nasser Al Khelaifi.

Mbappe tidak begitu suka dengan Leonardo. Dia lebih sukakan bekas pengarah sukan yang berjaya mengesan bakatnya dan membawanya ke AS Monaco satun ketika dahulu.

Mbappe melanjutkan kontrak baharunya selepas dia dijanjikan akan menjadi teras kepada projek dan berhak untuk menyuarakan pandangannya dalam hal ehwal pembangunan pasukan,

Galtier menyatakan bahawa dia percaya dengan nasihat pengarah sukan baharu PSG, Luis Campos, yang lebih mempercayai Gianluigi Donnarumma berbanding Navas.

Keputusan itu dipilih kerana Donnarumma mempunyai kerjaya yang lebih panjang daripada Keylor Navas.

Donnarumma berumur 23 tahun, manakala Navas berumur 35 tahun.

Musim 2021-2022, ketika PSG masih diuruskan oleh Pochettino, kedua-dua penjaga gol itu bermain secara bergilir dan ternyata ianya kurang membantu pembangunan Donnarumma secara keseluruhannya.

Donnarumma muncul 24 kali, manakala Navas muncul dua perlawanan lebih banyak daripada beliau.

Galtier berkata dia mahu semua pemain, awal awal ni sudah jelas tentang siapa yang akan beada bangku simpanan dan siapa yang menjadi pemain utama.

Namun beliau menegaskan bahawa Donnarumma bukannya terus selamat sebagai no.1. Sekiranya prestasinya tidak menentu dan melakukan kesilapan seperti yang dia lakukan ketika di UCL musim lalu, dia berpotensi kehilangan tempatnya.

ada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, penjaga gol Itali itu melakukan kesilapan yang mengakibatkan gol Karim Benzema.

Akibatnya, PSG tersingkir dengan tewas secara agregat 2-3 kepada Los Blancos.

PSG cuba menjual Navas, tetapi isu gaji menjadi masalah utama. Tiada kelab sanggup membayar pemain itu EUR12 juta semusim. Dia masih ada kontrak 2 tahun lagi.

PSG sedia mendengar tawaran EUR10 juta daripada mana mana kelab untuk bekas penjaga gol Real Madrid itu. Tetapi buat masa ini, tiada yang sanggup membayarnya.

Baca yang lain