Tiket Habis Terjual, Namun Peminat Al Nassr Kecewa Ronaldo Rupa Rupanya Digantung 2 Perlawanan

Penampilan sulung Cristiano Ronaldo bersama Al Nassr terpaksa ditangguhkan kerana kesalahan lampaunya di Goodison Park.

Cristiano Ronaldo secara rasmi menjadi sebahagian daripada kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Al Nassr secara rasmi memperkenalkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain baharunya pada Selasa lalu di Stadium Mrsool Park, Riyadh.

Puluhan ribu penyokong menyerbu Stadium Msool Park untuk menyaksikan upacara pengenalan khas Cristiano Ronaldo.

Ronaldo tanpa berlengah terus menyertai rakan sepasukannya dalam sesi latihan selepas itu.

Dia sendiri dilaporkan meminta agar majlis pengenalan itu dibuat secepat mungkin agar tidak mengganggu jadual latihan pasukan. Di mana Ronaldo sendiri mahu terus menyertainya. Dia benar benar sudah tidak sabar.

Latihan ini nampaknya sebagai persiapan bagi Al Nassr yang akan bertanding melawan Al Ta’ee pada hari Khamis ataupun hari ini.

Perlawanan menentang Al Ta’ee sepatutnya perlawanan pertama yang menyaksikan Ronaldo beraksi dengan Al Nassr.

Peminat pastinya tidak sabar untuk melihat bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu beraksi memandangkan perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Msool Park yang merupakan kubu Al Nassr.

Al Nassr dilaporkan telah menjual kesemua 28,000 tempat duduk untuk perlawanan menentang Al Ta’ee.

Bagaimanapun, penyokong Al Nassr terpaksa menggigit jari kerana Ronaldo dilaporkan tidak bermain di dalamnya.

Sebabnya, seperti dilaporkan oleh Daily Mail, pemain berusia 37 tahun itu perlu menjalani hukuman yang diberikan oleh FA Inggeris.

FA mengeluarkan hukuman untuk Ronaldo pada 23 November 2022,  sehari selepas kontrak pemain itu ditamatkan oleh Manchester United.

Hukuman itu berupa penggantungan dua perlawanan dan denda GBP50 ribu. Hukuman itu wajib dijalani oleh Ronaldo.

Hukuman yang diterima Ronaldo adalah berkaitan dengan kesalahan lampaunya di Goodison Park pada April 2022.

Ketika itu, Ronaldo ditangkap menghempas telefon bimbit milik penyokong Everton di Goodison Park.

Ronaldo ditangkap kamera sangat marah apabila Manchester United tewas 0-1 kepada Everton.

Dia menampar tangan Jacob Harding ketika dia menuju ke terowong bilik persalinan dan serta-merta memecahkan telefon budak lelaki itu apabila dia mahu mengambil gambar Ronaldo.

Ronaldo akui kesal dengan perbuatan itu dan mengakui itu adalah detik di mana dia telah melanggar garis sempadan seorang Ronaldo yang sentiasa mahu menjadi contoh terbaik buat generasi muda.

Peraturan FIFA menyatakan bahawa larangan yang dikenakan oleh persekutuan yang berbeza tetap berkuat kuasa walaupun pemain telah berpindah.

Artikel 12.1 Peraturan FIFA mengenai Status dan Perpindahan Pemain mengatakan bahawa sebarang sekatan tatatertib sehingga empat perlawanan atau sehingga tiga bulan yang telah dikenakan ke atas pemain oleh persatuan terdahulu tetapi belum (sepenuhnya) dilaksanakan pada masa itu.

Perpindahan hukuman akan dikuatkuasakan oleh persatuan baharu di mana pemain telah didaftarkan supaya sekatan boleh dilaksanakan di peringkat domestik.

Dalam erti kata lain jika Ronaldo berpindah dari Manchester United sebelum pasukan itu melengkapkan dua perlawanan pasukan utama yang kompetitif, baki penggantungan akan dikenakan kepada mana-mana kelab baharu yang perlu disertainya.

Oleh itu, hukuman yang diterima Ronaldo daripada FA akan dijalaninya semasa berada di Arab Saudi ketika bersama Al Nassr.

Penggantungan itu juga akan menjadi tamparan serius kepada ribuan peminat kelab baharu Ronaldo yang membeli tiket dan beratur untuk jersi yang tertera nama dan nombor 7.

Bukan sahaja perlawanan menentang Al Ta’ee, Ronaldo juga akan terlepas perlawanan derbi panas Liga Arab Saudi apabila Al Nassr bertemu Al Shabab pada 15 Januari akan datang.

Penyerang dari Portugal itu berkemungkinan besar akan membuat penampilan sulungnya untuk Al Aalami pada perlawanan menentang Ettifaq, semiggu selepas derbi itu.

Baca yang lain