Tren Alexander Arnold Anggap Arsenal Dah ‘Up Level’, Di Fasa Akhir Untuk Menang EPL

Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold sedar aksi menentang Arsenal akan menjadi sangat sukar. Ini kerana Arsenal benar benar sedang dalam prestasi luar biasa mereka sejak musim lalu lagi.

Menurut Trent, Arsenal dan Man City musim lalu sangat jauh di hadapan pasukan lain. Sehinggakan mereka terpaksa akur dan fokus untuk memastikan tidak tertinggal jauh lagi musim ini.

“Arsenal dan Man City seperti sudah jauh meninggalkan pasukan lain fasa ini musim lepas. Jadi fokus kami adalah musim ini dan setakat ini kami berjaya melakukannya. Minggu ini akan menjadi minggu yang sangat penting.”

“Saya rasa ini akan menjadi sangat sukar, kamu tak boleh terlalu emosi, terlalu teruja atau terlalu takut tentang keputusan. Perlawanan ini akan menjadi sengit dan pantas seperti ini..”

“Keputusan yang teruk minggu ini tak akan mempengaruhi musim kamu, kerana mana mana pasukan sedar boleh keciciran mata perlawanan seperti ini. Ini perkara yang kami pelajari ketika ini – semasa persaingan kejuaraan.”

Trent Alexander Arnold juga setuju bahawa projek Arteta kini sama seperti dilakukan Klopp di Liverpool dulu. Dalam musim ketiganya, Arteta mahu membawa Arsenal untuk menjulang kejuaraan setelah beberapa musim membina pasukan dengan taktikal dan pemain sesuai.

Ini ibarat berada di proses terakhir setelah ‘trust the proccess’ selama ini.

“Ya, 100%. Mereka muda, mengujakan, cuma musim lalu sedikit kurang pengalaman untuk menjuarai EPL. Itu mirip dengan ketika kami tewas hanya 1 mata kepada City dalam persaingan kejuaraan liga.”

“Pengalaman pengalaman itu akan mengajar kamu banyak sekali. Ia mengajar kamu cara untuk menang. Arsenal pastinya belajar daripada perlawanan perlawanan yang mereka pernah keciciran mata musim lalu yang menyebabkan mereka terlepas kejuaraan.”

“Mereka berhak berada hampir dengan puncak, jadi perlawanan ini sangat mengujakan.

Ditanya adakah rakan sepasukannya dalam pasukan England, Declan Rice memberikan perbezaan ketara kepada Arsenal musim ini, Arnold berkata: “Dah tentu. Sama ada dia atau mereka yang beradaptasi dengan satu sama lain, saya percaya mereka dah tingkatkan kualiti mereka musim ini.

Dan musim ini, Arsenal konsisten dengan corak permainan mengawal bola mereka. Pemain itu turut menganggap Arsenal yang ada pada hari ini sudah menaikkan lagi kualiti mereka secara keseluruhannya.

Kedua dua pasukan akan bertemu pada 1.30 am esok waktu Malaysia. Ianya pertemuan antara dua pasukan tangga teratas.

Trent berkata: “Saya berpendapat, mereka sudah meningkatkan lagi tahap kualiti mereka musim ini. Arsenal sangat sangat konsisten dan mereka memenangi perlawanan dengan corak permainan dominan  atas padang.”

“Cara mereka menang jauh berbeza dengan cara kami menang musim ini. Ada beberapa perlawanan kami terpaksa menang minit akhir perlawanan, atau bermain dengan 10 pemain. Kemenangan kami berbeza.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.