Triple H Gesa Declan Rice Stay Kat West Ham, Jangan Gegatal Pindah Ke Chelsea

CEO WWE – Triple H telah menggesa agar Declan Rice untuk terus kekal di West Ham United dan melupakan perpindahan ke kelab lain.

Declan Rice semakin hangat dikaitkan dengan Chelsea sebelum jendela perpindahan ditutup.

Rice yang dilabel dengan tanda harga £80 juta juga dikatakan berminat dengan peluang untuk mengikut jejak langkah pengurus Chelsea iaitu Frank Lampard.

Di mana Lampard dahulu menyertai Chelsea dari West Ham dan menjadi legenda di Stamford Bridge.

Tetapi Triple H jelas sekali tidak mahu Rice melakukan hal serupa. Di mana beliau mengingatkan Declan Rice untuk ‘tetap teguh bersama dengan orang-orang yang membawa anda ke pentas tarian’.

Rice kemungkinan akan menjadi teras dalam perancangan bos West Ham, David Moyes untuk musim yang akan datang

Rice sebenarnya bekas pemain akademi Chelsea yang dilepaskan oleh Chelsea pada usia 14 tahun.

Dan musim 2019/20, Rice bermain setiap minit dalam kempen Liga Perdana West Ham ketika mereka berjaya menghindari penyingkiran musim lalu.

Semasa mempromosikan NXT UK, peminat Hammers Triple H sempat menyebut tentang pasukan yang dia sayangi.

Triple H berkata: “Ini musim baru, waktu baru, titik pelancaran baru bagi kami, NXT UK di BT Sport.”

“Dan untuk ramain yang lain juga, termasuk West Ham. Oleh itu, saya mempunyai mesej untuk seorang yang bernama Declan Rice. Declan, anda perlu membuat keputusan besar di hadapan anda dan saya faham itu.”

“Jauh sekali diri saya ni layak untuk memberitahu kamu apa nak buat, tetapi saya ingin memberi anda pandangan bahawa kadang-kadang dalam hidup ada perkara yang lebih penting.”

“Ada kesempatan untuk menjadi sesuatu yang lebih besar, menjadi pahlawan, menjadi pahlawan kepada peminat yang telah menyokong anda.”

“Untuk menjadi pahlawan bagi orang-orang yang telah menyaksikan anda muncul melalui sistem dan berjaya dalam sistem itu.”

“Untuk menjadi pahlawan dan membina sesuatu atas kamu sendiri. Bukan hanya berjaya, tetapi berjaya mengikut syarat anda.”

“Bina francais anda, bina legasi anda.”

“Untuk menjadi sesuatu yang lebih lagi, menjadi satu-satunya, menjadi Declan Rice yang pertama.”

“Tetap bersama orang-orang yang membawa anda ke [gelanggang] tarian.”

“Terus kekal bersama West Ham dan jadilah pahlawan, menjadi juara, menjadi segala yang mereka semua tahu Declan Rice boleh lakukan.”

Declan Rice menjadi sasaran banyak pasukan besar yang lain di EPL. Beliau merupakan pemain dinamik yang memiliki gaya permainan box to box.

West Ham United pastinya tidak rela kehilangan pemain bintang mereka itu.

Baca yang lain