Trippier Nafi Sertai Newcastle Sebab Wang, Tetapi Kerana Sukakan Cabaran Dalam Kehidupan

Kieran Trippier menafikan sekerasnya dakwaan dia menyertai Newcastle United hanya kerana wang. Ini selepas Trippier sanggup meninggalkan bola sepak UCL untuk beraksi dengan pasukan bertarung penyingkiran.

Sebaliknya, Trippier menegaskan bahawa, dia menyertai Newcastle kerana sukakan cabaran baharu serta mahu pulang semula ke England demi keluarganya.

Trippier menyertai Atletico Madrid dengan bayaran £12 juta berserta bonus tambahan. Trippier pembelian pertama Newcastle sejak pengambilalihan yang oleh konsortium Arab Saudi pada Oktober 2020.

Trippier setuju dengan kontrak dua tahun setengah. Eddie Howe gembira dengan kejayaan mendapatkan Trippier.

“Ia satu petanda bahawa kelab mempunyai daya tarikan yang hebat – dan saya tidak bercakap mengenai faktor kewangan di sini,” kata Howe.

“Kieran tidak datang untuk faktor wang. Dia datang untuk kelab dan untuk cabaran yang dihadapi pasukan pada masa ini [bertarung dengan penyingkira].”

“Dia juga di sini untuk visi jangka panjang, jadi saya fikir itu adalah perkara yang besar untuk bola sepak. ”

Trippier juga menyatakan perkara yang sama. Pemain yang pernah menjadi sasaran Manchester United pada era Ole Gunnar Solskjaer itu berkata: “Jika orang berkata ia mengenai wang maka semua orang berhak untuk memiliki pendapat mereka sendiri. Keluarga saya adalah perkara paling pentibg. Saya mahukan projek dan cabara. Saya seorang yang berani dan saya tidak nampak ini satu risiko.”

“Saya tahu sebab mengapa saya ke sini dan itu [faktor] bukannya salah satu daripada alasannya. Saya sangat teruja”

Bercakap tentang kenapa dia sanggup menukar bola sepak Eropah demi pasukan bertarung penyingkiran, Trippier berkata dia adalah manusia yang sukakan cabaran. Dan pada masa yang sama merindui aksi di negara asalnya England. Apabila peluang itu tiba, maka Trippier mengambil kesempatan tersebut.

Trippier menegaskan bahawa dia sudah lama merancang untuk kembali ke England cuma media je lalai sebelum ni, tak menulis tentangnya.

“Saya sudah jelaskan hal ini beberapa bulan lalu, yang seandainya saya ada kesempatan untuk pulang ke Premier League saya sangat suka untuk terima. Ia juga penting untuk keluarga saya.”

“Ia peluang yang hebat. Saya seorang pemain yang sukakan cabaran. Saya melalui cabaran ketika memilih untuk pergi ke Atletico, bertukar negara, liga berbeza, sekarang saya bersama Newcastle.”

“Saya tahu kedudukan mereka pada ketika ini, saya di sini untuk bantu semampu saya baik dalam mahupun di luar padang.”

Trippier juga menyatakan bahawa Eddie Howe antara alasan beliau menyertai Newcastle kerana kedua dua mereka pernah bekerjasama ketika di Burnley satu ketika dahulu.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah