Tuchel

Tuchel Akhirnya Tulis Ucapan Perpisahan, Sedih Kerana Tak Dapat Kekal Lebih Lama

Thomas Tuchel telah bersuara buat kali pertama selepas diumumkan awal minggu ini bahawa dia telah dipecat oleh Chelsea selepas 19 bulan mengendalikan.

Tuchel mengambil alih Chelsea pada awal 2021 selepas pemecatan Frank Lampard gara gara prestasi buruk menjadikan mereka di tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris pada ketika itu.

The Blues menikmati penamat musim yang hebat pada kempen 2020/21 apabila pengurus asal Jerman itu membimbing mereka ke tempat keempat dan menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk memenangi trofi itu buat kali kedua dalam sejarah mereka.

Musim penuh pertama Tuchel bertanggungjawab pada 2021/22 tidak begitu berjaya. Peminat mengharapkan pasukan Chelsea akan mencabar kejuaraan tetapi mereka ketinggalan 19 mata di belakang Manchester City.

Dalam usaha untuk memulakan era di bawah pemilikan baharu mereka, £250 telah dibelanjakan oleh Tuchel pada jendela musim panas untuk menguatkan skuad The Blues.

Tetapi penyingkiran Tuchel disahkan hanya tujuh perlawanan ke musim 2022/23. Ini berlaku selepas kekalahan menentang Leeds United, Southampton dan Dinamo Zagreb.

Bercakap mengenai ketibaannya, Potter mengesahkan bahawa dia “sangat bangga dan teruja untuk menyertai Chelsea:

“Saya amat berbangga dan teruja untuk mewakili Chelsea FC, kelab bola sepak yang hebat ini.

“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan kumpulan pemilikan baharu Chelsea dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dan bekerjasama dengan kumpulan pemain yang menarik dan untuk membangunkan pasukan dan budaya yang boleh dibanggakan oleh peminat hebat kami.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Brighton & Hove Albion kerana membenarkan saya mengambil peluang ini.”

Tuchel kini telah bertindak balas terhadap pemergiannya dari Chelsea buat kali pertama. Dia sebenarnya berharap untuk kekal di kelab “selama bertahun-tahun lama lagi”.

“Ini adalah salah satu kenyataan paling sukar yang pernah saya tulis – dan ia adalah satu kenyataan yang saya harap tidak perlu saya lakukan selama bertahun-tahun,” kata Tuchel dalam satu kenyataan menerusi Twitter.

“Saya kecewa kerana masa saya di Chelsea telah berakhir. Ini adalah kelab yang saya rasa seperti di rumah sendiri, secara profesional dan peribadi. Terima kasih banyak banyak kepada semua kakitangan, pemain dan penyokong kerana membuat saya berasa sangat dialu-alukan sejak dari awal.”

“Kebanggaan dan kegembiraan yang saya rasai kerana membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab akan kekal bersama saya selama-lamanya.”

“Saya berbesar hati menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini dan kenangan selama 19 bulan yang lalu akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya.”

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi