Tuchel: Dibuang PSG Kerana Gagal Menang UCL, Dan Sekarang Juara Bersama Chelsea Tanpa Mbappe Dan Neymar

Tuchel berjaya membantu PSG mengekalkan Ligue 1. Namun selepas kekalahan dalam final UCL musim lalu, masa depan Tuchel menjadi tanda tanya.

Di mana pengurusan PSG dilaporkan tidak gembira dengan beliau. Prestasi PSG awal musim yang tidaklah teruk, namun oleh Tuchel dan pengurusan tertinggi PSG dilaporkan sudah tidak begitu sehaluan.

Kelantangan Tuchel mengkritik pengurusan tertinggi PSG terutamanya Leonardo, yang tidak melanjutkan kontrak pemain seperti Thiago Silva dan Edinson Cavani.

PSG kalah 4 perlawanan liga dalam separuh musim. Tewas di tempat sendiri di tangan Lyon dan Marseille.

Kekalahan dalam dua perlawanan daripada 3 perlawanan pertama UCL juga dikatakan menjadikan pengurusan tertinggi PSG mulai ragu akan kemampuan Tuchel meskipun ketika itu PSG tetap mara ke kalah mati.

Tuchel kemudian berdepan dengan isu pemain seperti Neymar yang terkena covid selepas pergi ke Sepanyol untuk berparti di Ibiza. Menambahkan lagi isu skuad mereka yang bergelut dengan kecederaan.

Tuchel kemudian secara terbuka mengkritik Leonardo berkaitan dengan perpindahan pemain.

Tuchel menyatakan Leonardo harus membantunya mencari penyerang 30 gol semusim yang baharu selepas dia gagal melanjutkan kontrak Cavani yang sudah menjaringkan 200 gol untuk kelab.

Tuchel turut menyekolahkan Leonardo, jika kelab mahu berjimat, dia faham, dan langkah terbaik sepatutnya melanjutkan kontrak pemain.

Tuchel sebelum ini masih bengang dengan kegagalan Leonardo melanjutkan kontrak Thiago Silva yang menjadi orang penting beliau.

Tuchel kemudian memanaskan lagi keadaan dengan memetik isu Rabiot yang menurutnya mirip dengan situasi Silva dan Cavani. Tuchel seolah olah membandingkan Leonardo sebagai tidak tahu buat kerja untuk menjual pemain lebih awal jika tak mahu melanjutkan mereka dan bukannya menunggu sehingga kontrak tamat.

“Secara umumnya, kita hilang ramai pemai tanpa menerima dana perpindahan. Bermula dengan Rabiot, pemain hebat yang dilepaskan ke Juventus secara percuma. Masalah itu berlanjutan musim ini dan tak boleh dibiarkan terus berlanjutan musim depan, ini keterlaluan.”

Namun mereka berjodoh lagi di Chelsea selepas itu.

Selepas segala tekanan di PSG, Tuchel akhirnya dipecat dan terus menyertai Chelsea yang ketika itu memecat Frank Lampard. PSG sangat inginkan UCL dan merasakan Tuchel akan gagal memberikan mereka.

Kerana bagi pemilik PSG, mereka tak akan membeli Neymar dan Mbappe untuk sekadar menjadi jaguh kampung di Perancis.

Beliau membangkitkan Chelsea daripada bergelut di kelompok pertengahan sehingga menjadi pencabar tempat ketiga dalam liga.

Pada malam 30 Mei 2021. Dengan bersenjatakan Werner dan Havertz, bukannya Mbappe atau Neymar, beliau berjaya membimbing Chelsea menjulang UCL. Hanya selepas kekalahan dalam piala domestik di tangan Leicester.

Kai Havertz memberikan mereka gol kejuaraan yang akan diingati selamanya sebaga piala UCL kedua dalam kabinet mereka.

Peminat PSG kemudian menyatakan bahawa masalah terbesar PSG adalah Leonardo. Agak ironi, dua pengurus buangan mereka memenangi 2 pertandingan Eropah.

Dan terbaru ada laporan menyatakan bahawa Pochettino pula mahu kembali ke Spurs selepas kecewa dengan pengurusan tertinggi di PSG.

Jadi, di sini kita dapat rumusan bahawa, pengurus bukan masalahnya dalam beberapa musim ini untuk PSG, tetapi polisi dan mereka yang berada di jawatan lebih tinggi.

Baca yang lain