UFC: Adesanya Menang TKO Dan Menunggang Costa, Benar Benar Dia Menang Mudah

Israel Adesanya berdepan dengan Paulo Costa dalam acara utama dalam kad utama UFC253.

Sebelum ini Israel Adesanya telah menyatakan dia akan memang mudah ke atas Costa.

Ramalan itu ditentang ramai pihak kerana menganggap Costa akan memberikan masalah besar kepada Adesanya. Kedua dua petarung sebelum ini memiliki rekod tanpa kalah.

Adesanya dengan rekod 19 kemenangan – berbanding 13 oleh Costa. Jadi pertarungan kali ini, akan ada salah seorang membawa rekod L pertama.

Costa kemudian menyindir Adesanya sebagai pengganti Usain Bolt. Ini kerana Adesanya sebelum ini lebih banyak melarikan diri dalam ring ketika berhadapan dengan Romero.

“Saya bukan hanya mengalahkan dia, tetapi saya akan menghancurkan dia,” kata Costa sebelum pertarungan.

Adesanya membalas menyatakan bahawa Costa atlet yang tidak bersih dan menggunakan barang terlarang untuk meningkatkan kekuatannya.

Lalu berlaku beberapa siri pertikaman lidah.

Pada sesi face off kelmarin, kedua duanya sangat tegang dan hampir berkeronyok di atas pentas.

Costa memberikan Adesanya bengkung putih menyindir petarung itu hanyalah amatur di matanya.

Sampai keluar jurus lang dari Adesanya yang marah.

Lalu dalam pertarungan pada hari ini, kedua dua petarung masuk ke ring dengan kemarahan yang membuak buak.

Adesanya sangat marah kerana Costa memperlekehkan cara pertarungannya.

Malang buat Costa kerana taktikalnya yang agresif menggunakan banyak tendangan / kick telah memakan diri.

Kakinya mulai lemah dan Adesanya mulai mengajarnya.

Pada pusingan kedua, Adesanya menewaskan Costa dengan TKO. Di mana Costa telah ditumbuk berkali kali oleh Adesanya ketika dia terjatuh.

Adesanya kemudian memberikan satu gaya ‘penghinaan’ kepada Costa pada akhir pusingan TKO itu. Di mana Adesanya menunggang lawannya itu:

Segalanya bermula apabila Adesanya melancarkan sepakan ke atas kepala Costa yang membuatkan petarung itu mulai hilang kestabilan.

Itu diikuti dengan serangan agresif yang berterusan di babak kedua.

Adesanya benar benar mahu menghancurkan lawannya itu secepat mungkin sepertimana janjinya.

Adesanya meneruskan rekod tanpa kalah miliknya dan mengekalkan gelarannya.

Berikut hasil lengkap UFC 253:

Early Preliminary Card

Danilo Marques def. Khadis Ibragimov
Juan Francisco Espino def. Jeff Hughes
Preliminary Card

William Knight def. Aleksa Camur
L’udovit Klein def. Shane Young
Jake Matthews def. Diego Sanchez
Brad Riddel def. Alex da Silva

Main Card

Hakeem Dawodu def. Zubaira Tukhugov
Ketlen Vieira def. Sijara Eubanks
Brandon Royval def. Kai Kara-France
Jan Blachowicz def. Dominick Reyes
Israel Adesanya (c) def. Paulo Costa

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai