Uncle Ni Buntu, Dapat Pizza Yang Dia Tak Pesan Setiap Hari Hampir 10 Tahun

Biasanya kalau korang tiba tiba mendapat pizza percuma kerana salah alamat, ada yang menganggap itu ‘rezeki’ datang bergolek.

Namun kalau setiap hari menerimanya untuk hampir sedekad ataupun hampir 10 tahun, ianya akan menjadi misteri.

Itu yang berlaku kepada Jean Van Landeghem, yang gementar ketakutan setiap kali dia mendengar skuter di luar kediamannya di bandar Turnhout di Belgium.

Lelaki berusia 65 tahun itu mengatakan bahawa dia telah diganggu oleh krew penghantaran yang datang di depan pintu rumahnya dengan pizza yang tidak dipesannya selama hampir satu dekad.

Pada mulanya, dia mengganggap itu adalah salah alamat – tetapi pesanan, yang dilaporkan termasuk makanan cepat saji lain seperti kebab, terus muncul dan kadang-kadang sampai ada beberapa kali sehari pizza dihantar.

Misteri ‘serangan’ pizza oleh Van Landeghem semakin teruk dan mengganas pada Januari tahun lalu apabila 10 pemandu penghantaran berasingan muncul pada hari yang sama, termasuk satu daripadanya dengan penghantaran 14 keping pizza.

Dia memberitahu Het Laatste Nieuws: “Saya sekarang dah tidak dapat tidur lagi. Saya mula gementar setiap kali saya mendengar skuter di jalan.”

“Saya takut bahawa itu adalah motosikal orang yang datang untuk menurunkan pizza panas di depan pintu saya.”

Van Landeghem mengatakan bahawa dia tidak pernah dan tak mahu membayar pizza kerana dia tak memesan pun pizza itu.

Tetapi keadaannya terus membuatkan beliau dan restoran kecewa.Ini kerana Van Landeghem tidak mahu membayar benda yang dia tak pesan.

Pesanan pizza itu terus dibuat hari demi hari. Malu juga beliau dibuatnya kerana setiap hari terpaksa menggunakan alasan yang sama, bahawa dia tak ada pesan pizza.

Seorang lagi rakannya, yang tinggal kira-kira 20 batu di Herenthout, telah mengalami situasi yang sama dalam jangka masa yang sama.

Insiden tersebut telah dilaporkan kepada polis yang, bersama-sama dengan kedua-dua mangsa, percaya bahawa ia adalah kerja seseorang yang mereka berdua kenal.

Van Landeghem sudah siap sedia nak membelasah orang yang mempermainkan mereka berdua apabila diketahui kelak siapa dalang di sebaliknya.

“Ia mungkin tidak akan menjadi hari yang baik kepada dia [orang yang memesan],” tegas beliau.

Baca yang lain