United Anggap Chelsea Cekik Darah Minta £70 Juta Untuk Mason Mount

Manchester United dilaporkan terkejut dengan permintaan Chelsea. Di mana The Blues meminta United membayar £70 juta untuk Mason Mount.

Erik Ten Hag menjadikan Mason Mount sebagai salah satu pemain dalam senarai sasaran utama perpindahan kali ini.

Mason Mount boleh bermain di bahagian tengah dan sebagai no.10. Dia masih muda dan memiliki gaya permainan yang dianggap Ten Hag sebagai sesuai dengan sistem permainan United.

Namun pengurusan tertinggi Man United buat masa ini memerlukan mereka berbincang semnula tentang isu harga diminta Chelsea.

Chelsea terbuka untuk mengurangkan sedikit harga dan sedia menerima £60 juta dengan beberapa syarat bonus khas.

Kelab berpangkalan di Manchester itu sebenarnya menjangkakan mereka akan membayar maksimum £40 juta untuk Mason Mount.

Mason Mount dikatakan tiada masalah menerima syarat peribadi untuknya. Namun kelab masih gagal mencapai kesepakatan harga.

Dan satu laporan daripada Football London menyebut bahawa, Man United tidak akan sanggup membayar £60 juta untuk Mount.

Mereka malah menganggap Chelsea sebagai cekik darah meminta harga lebih £60 juta untuk Mason Mount.

Mereka tidak sangka Chelsea akan meminta harga £70 juta untuk pemain yang tidak mahu melanjutkan kontrak di kelab tersebut.

Chelsea perlu menjual pemain mereka pada jendela perpindahan kali ini untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain baharu dengan nilai gaji tinggi.

Walaupun mereka dilihat ‘terdesak’ untuk melepaskan beberapa pemain. Namun sebenarnya Chelse masih berpegang pada prinsip bahawa setiap pemain ada nilai mereka tersendiri.

Sebelum ini Chelsea membayar £45 juta untuk Raheem Sterling. Pemain yang memiliki status pemain homegrown. Sama dengan Mason Mount.

Jadi adakah Mason Mount masih dalam senarai dikehendaki United? Jawapannya buat masa ini masih ‘ya’.

Dan Erik Ten Hag berharap Chelsea akan terbuka hati mengurangkan lagi harga tersebut.

Baca yang lain