United Lantik Mamat Ni Jadi Jurulatih Set Piece, Namun Masih Gagal Skor Dari 131 Sepakan Penjuru Musim Ini

Manchester United masih belum menjaringkan gol dari sepakan sudut musim ini. Lebih gila, Man United sudah melakukan 107 sepakan penjuru dan tak satu pun masuk ke gawang gol.

Menjadikan Man United pasukan paling teruk dalam rutin sepakan penjuru. Sebenarnya sebelum dipecat, Ole Gunnar Solskjaer sudah mengetahui masalah tersebut dan melantik seorang jurulatih pakar bola mati yang turut bertanggungjawab dalam melatih pasukan untuk rutin sepakan penjuru.

Jurulatih itu ialah Eric Ramsay. Namun hasilnya setakat ini hampeh. Ramsay telah gagal melakukan peningkatan daripada bola mati kerana United kini pasukan paling tidak berbahaya dalam liga daripada set piece.

Laporan oleh Athletic telah menjelaskan tentang peranan khusus Ramsay dalam set piece United. Mereka mengatakan bahawa Ramsay tidak pernah bekerja sebagai jurulatih set piece pakar sebelum datang ke Old Trafford.  Jadi dia  seolah-olah dia tiba di Old Trafford tanpa rutin yang dia sendiri sudah sediakan sebelum ini ketika bersama dengan skuad pembangunan Chelsea.

Ramsay tiba di United dan berusaha sendiri mencari formula terbaik untuk membantu United. Ramsay telah diminta untuk memberi tumpuan kepada permainan set pieces United, dengan jurulatih penjaga gol Richard Hartis dan Craig Mawson membantu dengan kerja ketika latihan fasa bertahan mereka.

Seterusnya, Ramsay memiliki masa kira kira setengah jam sahaja daripada sesi latihan penuh untuk melatih set piece. Masa itu sebenarnya ternyata tidak cukup dengan mengambil kira situasi United sekarang.

Sejak ketibaan Rangnick, dan pemergian Michael Carrick, Kieran McKenna dan Martyn Pert daripada pasukan bimbingan, masa Ramsay untuk bekerja pada set piece telah dikurangkan lagi.

Dia juga terpaksa mengambil tugas kejurulatihan tambahan yang lain. Contohnya adalah membantu persiapan dalam sesi memanaskan badan para pemain pertahanan sebelum perlawanan – sesuatu yang biasa dilakukan oleh McKenna sebelum memegang jawatan sebagai pengurus Ipswich.

Mungkin United mengupah seseorang dalam bidangpakar yang bukan pakar (ahli); menurut Athletic. Ini kerana dia tidak mempunyai pengalaman bekerja secara khusus pada set piece sebelum ini.

Mungkin dia memerlukan lebih banyak masa untuk mengusahakan ideanya sendiri secara inovatif ketika di Manchester United. Itu ternyata perkara yang tidak begitu bagus untuk dilakukan ketika ini. Kerana Man United sangat kritikal dalam aspek bola mati terutama sekali sepakan sudut.

Musim lalu, Ole seringkali  mengkritik pasukannya yang kerap bolos daripada bola mati dan sukar menjaringkan gol daripada situasi sepakan percuma ataupun sepakan penjuru. Oleh sebab itu Ramsay dibawa.

United kini mempunyai rehat yang cukup untuk perlawanan seterusnya dan diharapkan mereka boleh mendapatkan lebih banyak masa untuk bekerja pada set piece dengan bekerjasama antara pemain dan Ramsay.

Ianya bukan salah Ramsay sepenuhnya. Sebab sebelum ini dia ternyata membantu dalam aspek bertahan ketika set piece.

Statistik juga mengatakan tiada siapa yang mengambil lebih banyak sepakan sudut United daripada Luke Shaw musim ini dan kombinasi set piecenya dengan Harry Maguire sangat kuat.

Namun hasilnya sangat teruk. Ronaldo merupakan pemain yang memiliki lebih seratus gol menerusi tandukan, juga masih gagal menjaringkan gol menerusi tandukan daripada sepakan penjuru. Harry Maguire memiliki reputasi yang sangat besar di England untuk menyudahkan sepakan penjuru.

Musim lalu United berjaya menjaringkan tujuh gol daripada set piece, ke-12 tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Musim ini, lihatlah sendiri kompilasi yang dibuat peminat Man United ini di mana keseluruhannya mereka gagal menjaringkan gol daripada 131 sepakan penjuru dalam semua pertandingan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu