United Lari Bajet Nak Dapatkan Kane Dan Pertimbangkan Aubameyang

Manchester United telah merombak semula strategi perpindahan pemain mereka kerana impak daripada cov19 ketika ini.

Di mana mereka turut mempertimbangkan tentang pembeliam Harry Kane dari Spurs untuk menjadi pemain no.9 utama pasukan mereka.

Kane menjadi salah seorang pemain dalam radar Man United. Gary Neville sebelum ini menegaskan bahawa, Man United harus mendapatkan Kane walaupun mahal.

Ini kerana sudah menjadi tradisi United memiliki pemain Inggeris atau British terbaik di dalam pasukan.

Misalnya sebelum ini, United pernah ada pemain seperti Roy Keane, Bryan Robson. Selain itu United pernah mendapatkan Wayne Rooney dan juga cuba menandatangani Alan Shearer.

Kesemua pemain tersebut dibeli oleh United kerana mereka pemain British terbaik di negara mereka.

Malah United memiliki sejarah dan tradisi membeli pemain Inggeris dengan harga yang tinggi dan perpindahan yang dianggap sensasi.

Spurs sebelum ini meletakkan harga £200 juta untuk Harry Kane, kerana pemain itu dianggap sudah terbukti hebat.

Daniel Levy menegaskan bahawa mereka buat masa ini tidak mahu menjual Harry Kane. Namun jika United sanggup menawarkan mereka £200 juta, maka pemain itu dibenarkan untuk bercakap dengan mereka.

Sebelum ini Man United merangka beberapa pelan untuk memenuhi permintaan Spurs. Ini termasuk cuba untuk menjual beberapa pemain yang tidak ada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

Lari bajet

Tetapi selepas mengkaji semula dana/budget pasukan, ternyata ianya masih lagi di luar kemampuan mereka pada ketika ini.

Banyak pertimbangan yang harus difikirkan oleh United terutama sekali mereka sedang berusaha untuk melanjutkan kontrak beberapa pemain lagi.

Harry Kane sudah memberikan isyarat sebelum ini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari Spurs.

Kane dikatakan tidak gembira dengan beberapa perkara di Spurs terutama sekali pemecatan Mauricio Pochettino sebelum ini.

Kane masih ada kontrak sehingga 2023 di Old Trafford. United sebelum ini dilaporkan cuba untuk meminta Spurs melepaskan Kane dengan £150 juta.

Namun angka itu masih tidak dapat untuk dibayar United berdasarkan impak kewangan semasa.

The Guardian melaporkan bahawa Man United sudah mengibar bendera putih untuk Harry Kane sekiranya Spurs berkeras meminta £200 juta untuk penyerang yang juga kapten pasukan kebangsaan England itu.

Ole Gunnar Solskjaer serius dalam usaha beliau untuk terus menguatkan pasukannya. Ini selepas beliau berjaya membeli Bruno Fernandes yang memberikan impak besar kepada Man United.

Solskjaer masih mencari pemain yang mengisi kekosongan ditinggalkan Romelu Lukaku.

Di mana mereka sebelum ini cuba mendapatkan Erling Braut Haaland tetapi gagal kerana isu konflik dengan ejen pemain tersebut – Mino Raiola.

Kegagalan mereka mendapatkan Harry Kane pada jendela perpindahan akan datang akan menyebabkan United cuba menilai opsyen untuk mendapakan Pierre Emerick Aubameyang.

Aubameyang masih belum melanjutkan kontrak di Emirates. United cuba mengintai peluang mendapatkan pemain tersebut.

Malah Aubameyang sudah menyatakan hasrat beliau untuk meminta Arsenal mendengar tawaran dari kelab besar – jika ada.

Baca yang lain