UNL: Portugal Tersingkir Di Tangan Sepanyol, Ronaldo Terus Gagal Catat Open Goal Musim Ini

Alvaro Morata meraih gol kemenangan lewat dramatik ketika Sepanyol menewaskan Portugal di Braga untuk layak ke Pusingan Akhir Liga Negara Negara Eropah.

Bekas penyerang Chelsea itu menjaringkan gol pada minit ke-88 dari jarak dekat selepas Nico Williams menanduk bola kepadanya.

Portugal hanya memerlukan satu mata untuk mara dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi pemain Liverpool Diogo Jota dan Cristiano Ronaldo dari Manchester United kedua-duanya gagal menyempurnakan peluang mereka.

Sepanyol akan menyertai pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jun tahun depan. Bersama sama dengan Croatia, Itali dan Belanda, yang dijangka menjadi tuan rumah semua perlawanan.

Portugal, yang pasukannya menurunkan ramai bintang mereka termasuk  Bruno Fernandes, Diogo Jota, Cristiano Ronaldo, memenangi Liga Negara-Negara pertama pada 2019
Portugal memulakan saingan sebagai pasukan teratas Kumpulan A2.

Mereka pastinya kecewa dan tertanya-tanya bagaimana mereka boleh gagal menempah tempat di kejohanan empat negara musim panas akan datang.

Mereka telah memenangi pertandingan edisi sulung pada 2018-19 dan merupakan pasukan yang lebih baik untuk kebanyakan perlawanan di utara Portugal.

Hantaran cemerlang daripada pemain Manchester United, Bruno Fernandes berjaya dkawal oleh Jota, yang merembat ke arah gawang tetapi dinafikan oleh penyelamatan satu tangan yang baik oleh penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.

Tuan rumah terus mencipta peluang yang lebih baik dengan Fernandes merembat terkena tepi jaring dan rembatan Ronaldo yang ditepis Simon pada awal babak kedua.

Pemain gantian Williams, yang bermain untuk Athletic Bilbao, membuat perubahan untuk Sepanyol dan dua kali berjaya diselamatkan oleh Diogo Costa.

Tetapi penjaga gol Portugal itu ditewaskan ketika hanya berbaki dua minit apabila tandukan Williams melepasinya dengan Morata menyumbat bola ke dalam jaring dari jarak dekat.

Sepanyol adalah naib juara dalam Pusingan Akhir Liga Negara-Negara pada 2021 dan kini berpeluang memenangi kejohanan itu pada Jun.

Cristiano Ronaldo meneruskan rekod kurang memuaskan untuk standard beliau. Belum menjaringkan sebarang gol daripada permainan terbuka musim ini. Satu satunya gol daripada Abang Do adalah penalti menentang Sheriff dalam saingan UEL.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah