Usahawan Kentut Komersial Online Bersara Selepas Masuk Hospital Dan Hampir Meninggal

Seorang selebriti program realiti AS yang mengaut $200,000 ataupun lebih RM836k hanya daripada penjualan kentut dalam balang.

Steph Matto,31 dari Connecticut sebelum ini viral di seluruh dunia kerana menjual kentutnya kepada para follower terutama sekali simp nya.

Simp merujuk kepada jantan yang menggilakan perempuan sampai hilang akal walaupun perempuan tu tak kisah pun.

Namun malangnya, Steph Matto terpaksa menghentikan stok kentut dalam balangnya kerana masalah kesihatan.

Tidak lama selepas mengumumkan dia terpaksa mengentikan stok tersebut, Steph kemudian mengumumkan persaraannya daripada dunia perniagaan kentut.

Ini selepas dia mengalami sakit dada dan dikejarkan ke hospital pada baru baru ini.

Doktor yang prihatin melakukan ujian darah dan ECG tetapi kemudian memberitahunya bahawa simptom itu sebenarnya disebabkan oleh terdapat gas berlebihan dalam badannya berpunca daripada dietnya iaitu kacang, telur dan pisang protein shake.

Steph telah mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas muncul dalam rancangan realiti ““90 Day Fiancé”, dan kemudiannya memulakan saluran YouTubenya sendiri.

Dia kemudian menjadi tajuk utama dengan menangkap kentutnya dalam balang dan menjualnya kerana dia “berfikir ia akan menjadi langkah publisiti lucu yang akan mendapat perhatian ramai orang.”

Stephanie Matto telah menghasilkan 50 balang kentut setiap minggu.

Perniagaannya yang menguntungkan pada awalnya dianggap bermodal rendah dan senang buat duit, tanpa risiko.

Malangnya, sekarang baru dia tahu, sebenarnya ianya ada risiko yang besar dari segi kesihatannya.

Dia sampai terfikir bahawa dia hampir terkena strok ketika sakit dada dan kepalanya pening.

“Saya fikir saya diserang angin ahmar dan ianya mungkin adalah saat-saat terakhir saya. Saya keterlaluan ketika itu,” kata Steph kepada Jam Press.

Dia mula menjual kentutnya dalam balang pada November tahun lalu, selepas menerima permintaan di laman kandungan dewasa Unfiltrd.

Produk unik itu menyaksikan dia memperoleh wang tunai pada $1,000 (RM4,180) setiap balang, walaupun Steph menawarkan diskaun 50 peratus semasa tempoh perayaan natal.

Untuk mengikuti permintaan – yang menyaksikan dia memerah sehingga 50 balang kentut seminggu – yang mengaku dirinya sebagai ‘usahawan kentut’ memilih diet tinggi serat, hidup dari kacang dan telur.

Dia kemudiannya menambah protein shake ke dalam adunan selepas mendapati ia membuatkan kentut berbau lebih teruk.

Apa yang gila ialah ketika kita memikirkan hakikat bahawa dia akan memperoleh wang tunai pada $1,000 setiap balang kentutnya.

Steph berkongsi pengalaman pahitnya sebelum lawatan ke hospital, memberitahu Jam Press: “Saya masih ingat dalam satu hari saya mempunyai kira-kira tiga protein shake dan semangkuk besar sup kacang hitam.”

“Saya dapat tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada petang itu semasa saya berbaring di atas katil dan saya dapat merasakan tekanan dalam perut saya bergerak ke atas.”

“Ia agak sukar untuk bernafas dan setiap kali saya cuba bernafas, saya akan merasakan ada sesuati seperti mencubit di sekitar jantung saya.”

“Dan itu, sudah tentu, membuat kebimbangan saya meningkat. Saya sebenarnya menghubungi rakan saya dan bertanya sama ada mereka boleh datang ke memandu menghantar saya ke hospital kerana saya fikir saya mengalami serangan jantung,” tambahnya.

Steph berkata keluarganya berasa lega dengan persaraannya dan dia berharap para pelanggan setianya faham akan sebab kenapa dia terpaksa tutut bisnes tersebut.

Kini Steph memfokuskan kepada gaya hidup sihat sekali lagi. Dan dia berterima kasih kepada Tuhan yang menurutnya masih memberikannya peluang kedua. Kalau tak dia sudah meninggal kerana pengeluaran kentut secara komersial.

Dia juga terpaksa memulangkan semula pra tempahan yang sudah dibuat sebelum ini.

Kalau ada kawan korang yang pre order tu cakap kat dia stok dah putus. Sila tuntut refund.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi