Valverde Tumbuk Muka Baena Yang Mengejek Tentang Anak Lelakinya Yang Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Selepas kekalahan 2-3 di tangan Villarreal di Santiago Bernabeu, pemain Real Madrid, Fede Valverde terlibat dalam serangan fizikal ke atas Alex Baena di lot parkir.

Valverde telah menumbuk Baena di mukanya kerana dituduh telah mengejek keluarganya.

Ketika di atas padang kedua dua pemain bertikam lidah. Dengan Villarreal meraikan kemenangan yang membolehkan mereka kekal dalam persaingan untuk ke UCL musim hadapan. Di mana mereka cuma 4 mata di belakang 4 teratas.

Villarreal mempamerkan salah satu aksi terbaik mereka musim ini di tempat lawan.

Valverde menegaskan bahawa motif serangan itu kerana Baena melampau melibatkan keluarganya dalam trash talk di atas padang.

Namun Baena menafikannya dan akan membuat laporan polis tentang kejadian itu. Dan berkata dia memiliki segala bukti yang ada untuk menuduh Valverde sebagai berkelakuan samseng menyerangnya hanya kerana koyak kerana tak dapat menerima kekalahan.

Marca mendapatkan komen daripada wakil pihak Fede Valverde.

Menurut sumber itu, dalam aksi Copa Del Rey, Baena telah menyepak Valverde dan memberitahu pemain itu: “Kau menangislah sekarang ni, anak lelaki kau tetap tak akan pernah lahir.”

Ianya merujuk kepada Valverde dan isterinya, Mina Bonino yang sebelum ini mengumumkan tentang berita keguguran anak kedua mereka di dalam kandungan. Walaupun kandungan isterinya selama ini disahkan sihat.

Menurut sumber Fabrizio Romano, Alex Baena menggunakan kaedah perang saraf yang sama ketika aksi La Liga di Bernabeu.

Fede Valverde sudah tidak dapat menahan diri lagi, kerana terus menerima ejekan Baena yang melibatkan keluarganya. Lebih lebih lagi anak lelakinya yang tidak dapat dilahirkan.

Lalu dia menunggu pemain itu di lot parkir dan mengingatkan bahawa keluarga sentiasa di atas segalanya. Dan dia terus menumbuk muka Baena yang dianggap biadap.

Sebelum menumbuk Baena, Valverde berkata: “Kau ulang balik apa kau cakap tentang anak aku!”

Wakil Valverde berkata: “Fede tak pernah ada masalah pun dengan sesiapa. Dan insiden ini berlaku kerana berlaku perkara yang serius sebelum ini.”

Pemain pemain Real Madrid yang lain juga terkejut dengan berita itu. Kerana Valverde bukannya seorang kaki gaduh ataupun panas baran. Namun ada beberapa rakan sepasukannya mendengar bahawa Baena berulang kali mempersendakan Valverde tentang anaknya yang gugur itu untuk bermain perang saraf dengan pemain itu.

Alex Baena tampil dengan penafian tentang tuduhan tersebut.

Menurut Baena: “Saya sedih dengan keganasan yang berlaku ke atas saya dan cerita yang ditulis tentang saya. Saya tidak pernah menyatakan perkara seperti itu kepada Valverde.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai