[Video] Akhirnya Syarikat Slovakia Buat Test Drive Kereta Terbang Sebenar Pada Tahun 2020, Bukan Scam!

Jika korang merupakan kanak kanak 90-an, kereta terbang merupakan satu impian yang korang dijanjikan akan ada pada suatu hari nanti terutama sekali pada tahun 2020.

Korang mesti masih ingat dengan janji menteri kita dulu yang mempamerkan prototaip kereta terbang dan berjanji akan menghasilkannya dalam masa terdekat bukan?

Ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memberikan bayangan bahawa prototaip sebenar yang pertama akan dipamerkan pada Oktober 2019.

Menurutnya lagi, pembangunan kereta terbang pertama negara adalah diusahakan syarikat swasta tanpa penglibatan dana kerajaan.

Turut diumumkan, kerajaan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara.

Mohd Redzuan juga yakin, dalam masa terdekat, akan menaiki kereta terbang, dengan adanya undang-undang keselamatan, insurans dan sebagainya.

Dan jarak dari KL ke Penang hanya dalam masa sejam.

Seterusnya Uber juga pernah dilaporkan sudah bersedia untuk membawa penumpangnya menaiki teki terbang yang dipanggil Uber Air.

Uber ni korang tahu kan. Takkan tak tahu. Dia macam grab la. Konsep ride sharing / perkongsian kenderaan.

Uber kini sedang menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat penerbangan di California iaitu Joby Aviation.

Joby dan Uber merancang untuk menghasilkan kereta terbang dengan kuasa elektrik dikenali dengan nama e-VTOLs (electric vertical take off and landing).

Ia akan membantu menerbangkan penumpang pada altitud rendah serta jarak yang dekat. Ianya masih konsep uber yang biasa cuma penumpang akan diterbangkan.

Penumpang masih menggunakan aplikasi Uber untuk menempah penerbangan mereka.

Joby antara syarikat yang sudah menghasilkan prototaip kereta terbang. Tahun lalu, mereka menerima pelaburan daripada JetBlue dan Toyota.

Joby bertekad mahu menghasilkan kereta terbang yang senyap, efisien dan cekap.

Uber sudah menghebahkan tentang kerjasama itu menerusi media sosial milik mereka.

Berdasarkan perancangan awal, ada 3 bandar utama yang menjadi sasaran untuk Uber Air ni kalau jadi iaitu Dallas, Los Angeles, serta Melbourne di Australia.

Syarikat mereka juga akan membinga Skyport pada 2023. Kereta terbang ini akan diuji pada tahun hadapan, wawasan 2020.

Perkhidmatan Uber Air ini pastinya mahal. Dijangka para penumpang yang mahu menggunakannya akan membayar sekitar $100 untuk perjalanan 20 batu.

Kereta terbang sebenar akhirnya..

Dan ya, sebenarnya telah melihat banyak konsep kereta terbang namun tidak ada kereta terbang yang benar benar kereta terbang.

Yang ada hanyalah seperti mini jet, ataupun dron besar yang diterbangkan.

Namun, seorang lelaki bernama Stefan Klein yang sebelum ini sudah mencuba pelbagai cara menghasilkan kereta terbang, beliau telah tampil dengan kereta terbang yang benar benar kereta terbang.

Ia dirujuk sebagai AirCar, ciptaan Klein berusaha untuk mempermudah pengalaman menaiki kereta terbang dan menjadikannya idea yang lebih realistik.

Oleh itu, ia membolehkan pemandu beralih dengan cepat dari mod jalan ke mod udara dengan hanya menekan butang.

Lalu sayap secara automatik dapat dikerahkan atau disimpan di ruang khas ketika di daratan dengan penumpang tetap berada di kabin kereta seperti biasa.

Dalam mod peralihan dari kereta ke kapal terbang, ‘lift’ di bahagian belakang bergerak lebih jauh ke belakang untuk membolehkan ia mengeluarkan ciri penerbangan yang optimum.

Sementara itu, sayap dilepaskan dari ruang tersembunyi untuk bergerak naik dan kereta akan menjadi pesawat.

Jom saksikan di sini:

Namun Klein tetap masih berusaha untuk membuatkan kereta ini benar benar lebih kompak terutama sekali ketika mod di jalanraya.

Baca yang lain