[VIDEO] Aksi Kelakar Son, Benteke Berkejaran Terlupa ‘BLM’, Dan Cover Line Balik

Christian Benteke dan Son Heung Min benar benar terlupa dengan prosedur sebelum perlawanan EPL. Di mana setiap pemain perlu berlutut di atas padang sebelum sepak mula.

Ianya sebagai tanda kepada BLM – Black lives Matter yang menyokong perjuangan anti rasisme.

EPL Sokong BLM

Liga Perdana Inggeris menyokong kempen Black Lives Matter Yang sedang rancak di seluruh dunia.

Ada beberapa protokol perlawanan dilakukan pada sambungan semula Liga Perdana Inggeris dalam sambungan kempen musim lepas dan sepanjang tahun 2020.

Pertamanya adalah menggunakan jersi dengan perkataan Black Lives Matter menggantikan set nama pemain di bahagian belakang untuk perlawanan minggu pertama.

Itu yang ada tersilap ingatkan Black Lives Matter itu nama pemain.

Yang kedua adalah satu penghormatan dengan melutut sebelum sepak mula.

Seterusnya Liga Perdana Inggeris turut menampal logo NHS tanda sokongan kepada petugas perubatan.

Aksi kelakar di Selhurst Park

Crystal Palace menjamu kunjungan Spurs dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad. Dan Selhurst Park meraikan kepulangan 2,000 penyokong yang dibenarkan masuk ke stadium dengan SOP sangat ketat.

Ketik Kevin Friend meniup wisel, Benteke secara tiba tiba memecut dan Son Heung Min yang terkejut pun mengejar sekali pemain itu.

Son malah menarik Benteke untuk memberikan duel serta tekanan kepada pemain tersebut.

Akhirnya kedua dua mereka menyedari tindakan pelik mereka pada hari itu dan terus cover line dengan melutut sama seperti pemain lain.

Benteke berlutut di kawasan Spurs. Dan cuba kembali ke kawasan sendiri ?

Detik kelakar itu menjadi bualan hangat.

Seorang peminat menyatakan kedua pemain terlebih semangat nak memulakan perlawanan.

Seorang lagi menyatakan, kelakuan mereka ibarat Tom Dan Jerry pada prestasi kemuncak.

Dalam perlawanan tersebut Spurs diikat oleh Palace.

Tottenham Hotspur gagal membawa pulang 3 mata penuh pada lanjutan Liga Inggeris 2020/2021 di markas tuan rumah Crystal Palace.

Tottenham Hotspur sebenarnya berpeluang menang dalam perlawanan ini setelah mendahului menerusi gol pertama Harry Kane pada minit ke-23. Namun, sembilan minit sebelum perlawanan tamat, Crystal Palace dapat membalas melalui gol Jeffrey Schlupp.

Sadio Mane sebelum ini

Sebelum ini Sadio Mane juga pernah terlupa dan telah memecut pantas ketika mendengar wisel dibunyikan di mana sepatutnya beliau menyertai pemain lain melutut.

Mane ingatkan sudah sepak mula.

Mane menjadi bintang utama Liverpool selepas Mohamed Salah tidak diturunkan dalam perlawanan ini.

Gelagat lucu Sadio Mane itu berlaku ketika aksi derbi Merseyside yang menjadi tumpuan seluruh dunia – bersiaran langsung dari Goodison Park.

Ramai yang menyatakan Sadio Mane mungkin tak dapat mesej di telefon beliau.

Ada juga yang menyatakan Sadio Mane jenis yang tak rehearsal untuk acara khas.

Apapun, Mane mungkin terlalu teruja untuk kembali semula merumput selepas rehat panjang kerana wabak yang melanda.

Itu yang sampai terlupa akan protokol khas sebelum sepak mula.

Memang kelakuan Mane itu menjadi bahan jenaka.

Menyedari kesilapannya, Sadio Mane terus menyertai pemain lain untuk melutut.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah