[Video] De Gea Lepas Geram Dan Mengamuk Tumbuk Terowong

David De Gea tidak dapat menahan kemarahannya apabila melepaskan bolos di saat akhir pada separuh masa pertama.

Man United tewas sekali lagi dalam aksi derbi selepas tewas dalam Derbi Barat Laut menentang Liverpool.

Di mana jiran mereka, Man City membawa pulang 3 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Man United.

United kini sudah menelan 4 kekalahan daripada 11 perlawanan pertama liga pada musim ini.

Pemain senior Man United itu sebenarnya beraksi cemerlang. Namun dia melepaskan 2 bolos yang sukar untuk menyalahkan beliau.

Gol pertama Man City adalah daripada gol sendiri Eric Bailly yang tertampan bola hantara Cancelo ke gawang sendiri.

Sementara gol kedua Man City adalah kerana sikap sambil lewa Luke Shaw sebelum wisel rehat. Di mana Shaw langsung tak waspada ada ancaman dari belakangnya.

Dia membiarkan bola melintasinya dan tiba tiba Bernardo Silva datang menghulurkan kakinya.

Ketinggalan dua gol di belakang, membuatkan De Gea  sangat marah dan geram. Dia dilihat melepaskan tumbukan pada terowong di Old Trafford.

Detik tersebut dirakam oleh peminat Man United yang berada benar benar di hadapan De Gea ketika pemain itu dalam perjalanan masuk ke bilik persalinan.

Saksikan detik geram De Gea itu di sini:

Bukan hari yang baik untuk Man United dan De Gea. Malah untuk Ole Gunnar Solskjaer sekalipun.

Kekalahan ini pastinya meletakkan Ole di dalam tekanan.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai