[VIDEO] Detik Anfield Bersorak Minit Ke-7 Demi Ronaldo Dan Keluarganya

Ianya detik yang jarang anda saksikan dalam bola sepak. Kerana ini melibatkan pertemuan dua musuh tradisi sejak beratus tahun lamanya. Namun demi kemanusiaan, penyokong Liverpool dan Manchester United masing masing berdiri dan memberikan sorakan sokongan kepada Cristiano Ronaldo.

Ianya dilakukan pada minit ke-7, simbolik kepada jersi yang signifikan kepada Cristiano Ronaldo.

Sebelum perlawanan, penyokong Liverpool memang sudah menghebahkan meneruisi media sosial bahawa mereka akan mengadakan sesi khas selama seminit tanda sokongan kepada Cristiano Ronaldo yang baru kehilangan bayi lelakinya.

Penyokong Liverpool menyanyikan You Will Never Walk Alone untuk Ronaldo. Lagu yang memang sesuai untuk memberitahu Ronaldo bahawa dia tak keseorangan. Komuniti bola sepak dunia pada hari ini bersama sama dia dan keluarga.

Sementara itu, di seksyen penyokong pelawat, mereka bersorak Viva Ronaldo yang merupakan lagu sorakan buat pemain legenda mereka itu.

Sorakan sokongan untuk Ronaldo

Lupakan perseteruan, kerana kemanusiaan sentiasa di atas segalanya. Penyokong Liverpool merancang untuk memberikan tepukan khas sebagai sokongan kepada Cristiano Ronaldo dan keluarganya pada malam ini.

Seperti yang diketahui, Ronaldo semalam mengumumkan khabar duka berkenaan dengan pemergian bayi lelakinya.

Cristiano Ronaldo kemudiannya telah memuat naik kenyataan rasmi pihaknya menerusi instagram. Dan kenyataan tersebut turut ditandatangani teman hidupnya. Ianya tragedi menyayat hati menimpa Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez yang selamat melahirkan anak perempuan mereka. Bayi tersebut adalah kembar tak seiras kepada bayi lelaki yang meninggal dunia tersebut.

Pada Oktober tahu lalu, Ronaldo mengumumkan kepada para pengikutnya di Instagram bahawa dia dan pasangannya bakal menanti kelahiran cahaya mata kembar.

Dalam satu video yang dimuat naik Ronaldo selepas itu dia mengesahkan bahawa bayi mereka seterusnya adalah kembar tak seiras, lelaki dan perempuan.

Ronaldo sama sekali tidak menyangka akan kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut.

Ronaldo menulis: “Dengan kesedihan yang amat dalam, kami berat hati mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia.”

“Tiada lagi penderitaan yang lebih berat daripada ini ditanggung oleh insan bergelar ibu bapa.”

“Hanya kelahiran anak perempuan kami yang memberikan kami kekuatan untuk terus hidup buat masa ini dengan harapan dan kegembiraan. Kami mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat dan semua yang menjaga dan memberikan sokongan.”

“Kami semua sangat terkejut dengan kehilangan ini. Dan kami meminta privasi ketika masa masa yang sukar ini. Bayi lelaki kami, kamu adalah malaikat kami. Kami akan sentiasa menyayangi kamu.”

Ronaldo merupakan ayah kepada Cristiano Jr – yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpangan. Ronaldo kemudian hidup berpasangan bersama Georgina Rodriguez. Mereka menyambut cahaya mata kembar, Eva dan Mateo pada 2017.

Manchester United kemudian mengumumkan bahawa tiada nama Ronaldo dalam pasukan yang akan bertandang ke Anfield.

Ini kerana pemain Portugal itu perlu bersama keluarganya dalam detik yang sangat sukar ini.

United menulis:

“Semua orang di Manchester United dan dunia bola sepak telah menghantar mesej sayang kepada Cristiano Ronaldo dan keluarganya, selepas legenda kelab itu membuat pengumuman yang menyayat hati pada petang Isnin.”

“Keluarga lebih penting daripada segala-galanya dan Ronaldo menyokong orang tersayangnya pada masa yang amat sukar ini. ”

“Oleh itu, kami boleh mengesahkan bahawa dia tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield pada petang Selasa dan kami ingin menggariskan permintaan keluarganya untuk privasi.”

“Cristiano, kami semua bersama kamu dan menghantar semangat kekuatan kepada keluarga kamu.”

Liverpool turut memuat naik status sokongan kepada Ronaldo yang kehilangan anaknya. Ramai lagi pemain dan pihak yang turut menyatakan sokongan dan berkongsi rasa sedih dengan Ronaldo.

Ronaldo memang dikenali sebagai family man. Dia seringkali berada di rumah apabila tidak ada tugasan bola sepak.

Seterusnya penyokong Liverpool mahu menyatakan sokongan mereka Ronaldo dengan memberikan tepukan sokongan kepada CR7.

Penyokong mengenepikan seketika isu perseteruan bagi isu berkaitan dengan kemanusiaan dan juga tragedi yang menimpa.

Aksi di antara Liverpool dan Manchester United sentiasa menjadi tumpuan dunia. Perlawanan ini masih dianggap perlawanan terbesar di eropah dari segi publisiti.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai