[VIDEO] Detik Emosional Haaland Ucap Selamat Tinggal Kepada Yellow Wall

Erling Haaland sudah pun diumumkan sebagai pemain baharu Manchester City sebelum ini.

Penyerang antarabangsa Norway itu pasti akan diingati sebagai bakat luar biasa yang pernah beraksi untuk Borussia Dortmund.

Dortmund menerima bidaan daripada Manchester City yang mengaktifkan klausa pelepasan sekitar GBP54 juta. Ia merupakan sebahagian daripada syarat khas diletakkan bekas ejen Haaland, Mino Raiola yang sudah meninggal dunia. Salah satu sebab kenapa Man United menolak syarat tersebut walaupun Haaland sudah berbincang dengan Ole Gunnar Solskjaer pada ketika itu.

Namun Manchester City perlu membayar yuran perpindahan tersebut secara sekali bayaran bukannya secara ansuran. Kemudian City perlu membayar beberapa lagi klausa bonus tambahan. Dipercayai untuk bayaran khidmat ejen dan kepada ayah Haaland.

Erling Haaland merupakan pemain sasaran utama Pep Guardiola selepas gagal mendapatkan Harry Kane dengan tawaran €100 juta dalam jendela perpindahan sebelum ini.

Musim 2021/2022 menyaksikan Manchester City melalui musim ini tanpa penyerang tulen.

Mereka cuma ada penyerang antarabangsa Brazil iaitu Gabriel Jesus yang merupakan no.9 tetapi pemain itu tidak beraksi sebagai no.9 secara konsisten.

Haaland penerima gaji tertinggi bersama De Bruyne

Dari segi gaji, Haaland bakal menerima gaji sekitar £350k seminggu. Gaji yang sama dengan penerima gaji tertinggi kelab ketika ini iaitu Kevin De Bruyne. Haaland setuju dengan kontrak selama 5 tahun sehingga 2027.

Erling Haaland turut menjadi sasaran kelab lain seperti Manchester United dan juga Real Madrid. Tetapi dari segi kewangan, Manchester City menawarkan pakej luar biasa kepada ejen dan pemain tersebut.

Seterusnya Haaland memiliki hubungan istimewa dengan City kerana ayahnya yang merupakan bekas pemain Manchester City. Ayahnya memainkan peranan penting dalam karier Haaland. Ini kerana ayahnya merupakan pengurus peribadi kepada pemain itu,

Perpindahan Haaland ini juga penting dalam memastikan Guardiola akan terus kekal. Ini kerana Guardiola sendiri yang mahukan Haaland.

Guardiola dijangka akan terus kekal di City sehingga 2025. Dengan pengumuman kesepakatan baru bakal dibuat dalam masa terdekat.

Guardiola menyatakan bahawa dia terpaksa menyembunyikan keterujaannya sehinggalah pengumuman rasmi tentang pemain itu dibuat.

Ini kerana Guardiola dinasihatkan tidak mengulas langsung tentang Haaland kerana boleh melanggar undang undang dan Dortmund dikenali dengan sikap Watzke yang suka merumitkan keadaan apabila situasi tersebut berlaku.

Borussia Dortmund sedia menggantikan Haaland dengan seorang lagi penyerang RB Salzburg iaitu Karim Adeyemi. Pemain yang menjadi perhatian banyak kelab besar di Eropah tetapi ketika ingin ketika ini lebih tertarik dengan BvB.

Apa yang pasti squad depth Manchester City pada musim hadapan adalah sangat luar biasa dengan tambahan Erling Haaland di dalam pasukan mereka.

Sejak menyertai Borussia Dortmund dari RB Salzburg, Haaland dengan cemerlang menjaringkan 85 gol daripada 88 penampilan untuk kelab Jerman itu.

Haaland mengucapkan selamat tinggal kepada Tembok Kuning ataupun Yellow Wall di Signal Iduna Park dengan satu detik yang agak emosi.

Haaland pergi menghampiri kumpulan ultras Dortmund tersebut dan memberikan isyarat bahawa dia keberatan untuk meninggalkan mereka dan menunjukkan bahawa selamanya Dortmund akan berada di hati Haaland.

Haaland kemudian mengetuai ultras untuk bersorak buat kali terakhir. Namun siapa tahu, suatu hari nanti Erling Braut Haaland akan kembali semula kan?

Saksikan detik indah dan agak emosi itu di sini:

Haaland akan memulakan kehidupan baharunya pada musim hadapan dengan beraksi di liga yang lebih sukar. Namun kualiti yang ada padanya diharap Haaland tidak akan ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan secepat mungkin. Sama ada dengan persekitaran pasukan baharu, taktikal baharu dan juga suasana bola sepak baharu di England.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi